Saturday, 3 September 2016

Ancaman dan Ugutan Media Social

Assalamualaikum dan Hi guys!

Lama sungguh blog aku tak terupdate, aku taknak cakap banyak cuma nak straight to the point je untuk entry kali ni. Adakah korang pernah terima ancaman, ugutan atau apa saja termasuk gangguan yang melampau yang boleh mengganggu keharmonian, ketenteraman jiwa, emosi dan hidup korang? Oh yes, aku pernah. Tahun ni. Kalau nak cerita panjang sangat. So, berbalik pada topik kita, kadang-kadang kita takut untuk buat report terhadap ancaman dan gangguan yang kita terima. Kononnya dengan harapan bila masa berlalu ancaman dan gangguan tersebut turut juga berlalu. Ya, itulah aku fikir pada mulanya. Berbulan-bulan berlarutan hingga menjadi teruk gila. Bila ada seorang wanita psiko menganggu aku bermula dengan telefon, sms, whatsapp dan semua media social, iaitu FB, Instagram dan Twitter. Tidak cukup dia menggunakan banyak nombor telefon (lebih dari 5 nombor eh) yang berbeza untuk kacau hidup aku, bila aku block kesemua nombor tersebut dia cari platform lain untuk serang aku iaitu media social menggunakan akaun-akaun FAKE (twitter je ada 6 akaun fake). Mental weyh sumpah mental.

Tetiba aku teringat subjek dekat UTP dulu, CYBER LAW, aku terus google semua akta yang terkandung bawah Akta Jenayah Cyber 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan untuk kes aku ni, kedua-dua akta ini boleh diguna pakai. Jadi aku nak kongsi cara buat aduan sekiranya perkara yang sama berlaku dekat korang. Kalau korang atau sesiapa pun yang menerima sebarang email, di media social, mahupun sms yang berbaur ugutan termasuklah gangguan yang melampau serta menyakitkan hati, serta rasa terganggu mental dan kehidupan terganggu, jangan risau ada akta boleh melindungi kita. Cuma tolong jangan takut untuk buat aduan. Ambil tindakan cepat sebelum terlambat gais, bila kita berhadapan dengan orang macam ni bahaya jugak gais.

Tuan/Puan,

Terima kasih di atas aduan/maklumbalas anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berhubung permasalahan tersebut, ia dibawah Akta Jenayah Cyber 1997 iaitu dibawah bidang kuasa pihak Polis. Tuan/Puan boleh membuat laporan kepada pihak Polis berhubung perkara tersebut.

Untuk makluman, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Oleh yang demikian, sekiranya tuan/puan menerima apa-apa kandungan komunikasi yang mempunyai elemen-elemen tersebut di atas, tuan/puan bolehlah mengemukakan aduan kepada pihak SKMM dengan menyertakan butir-butir berikut untuk diambil tindakan:


1.    Penjelasan terperinci berkenaan aduan yang dikemukakan dan bukti yang menunjukkan berlakunya sebaran tersebut mengunakan saluran apa bagi menyokong dakwaan pihak puan.
2.    Maklumat lengkap diri pengadu (Nama Penuh, IC No. Alamat Kediaman, Nombor telefon yang boleh dihubungi.
3.    Sebaran Menggunakan Emel
-      Emel asal yang diterima atau disebarkan
-      Internet header bagi emel tersebut
4.    Sebaran menggunakan laman web/internet
-       maklumat yang diperlukan adalah URL/ Link bagi kandungan/artikel/komen/petikan yang dimaksudkan
-       Cekupan skrin URL/Link yang dimaksudkan
5.    Bagi gangguan menerusi talian mobile
- Salinan SMS/MMS /Rekod kandungan percakapan atau video/ Rekod kekerapan panggilan yang diterima beserta masa dan tarikh yang diterima beserta masa dan tarikh
-      Nombor telefon yang membuat gangguan
-      Nombor telefon yang menerima gangguan
-      (Bagi panggilan daripada “Private No/ Withheld” rekod masa panggilan berserta tarikh adalah diperlukan)
6.    Sesalinan laporan polis untuk sokongan.
*Pengadu adalah dinasihatkan untuk menyimpan bukti tersebut sepanjang tempoh siasatan dijalankan dan bersetuju menyerahkan telefon berserta simkad sebagai bahan bukit dari pihak pengadu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan*

Diharap tuan/puan dapat memaklumkan maklumat yang diperlukan kepada pihak kami dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh emel ini dihantar. Sila hubungi kami sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm)



Sekian terima kasih. 
Yang benar,


Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor