Thursday, 2 July 2015

TechiesTrip : Mossy Forest, Gunung Irau, Cameron Higland - Part 2

Assalamualaikum..

Khamis, 11 Jun 2015 - Kami #TheTechies mula bertolak dari UTP lebih kurang pukul 4.00 pagi. Sekitar jam  5:50 pagi kami singgah Petronas Kampung Payang, Simpang Pulai untuk solat subuh sebelum  tiba di tanah rata cameron. Sebelum ke Berinchang, kami singgah cari tempat makan untuk tapau makanan memandangkan kami tak bawa makanan berat untuk makan time pendakian nanti. Oh, seriously jangan lupa bawa sweater, sumpah sejuk giler dekat sana.

Selepas warming up dan bacaan doa, pukul 9 kami mulakan trail pendakian dengan mendaki tangga kayu sepanjang lebih kurang 150m.






















Muka excited sebab papan tanda tulis 0.95 km lagi Gunung Irau tapi malangnya itu hanyalah dusta semata-mata. 
0.95 km tu sebenarnya jarak untuk sampai ke Mini Irau. Dan kami mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak Mini Irau. Kira agak lama jugak la. Mana taknya  dalam 3 jam perjalanan sepanjang jalan semua orang masih bertenaga dan terlebih excited untuk bergambar. Setiap langkah sekeping gambar. haha.

Jadi, akhirnya setelah 3 jam berhempas pulas dengan selut, kami sampai ke Mini Irau (6, 666ft).




Dari Mini Irau, kami mengambil masa lebih kurang 30min untuk sampai ke Puncak Gunung Irau sebab dari Mini Irau untuk ke puncak lebih kurang 600m je jaraknya.

Dan akhirnya, daripada 29 orang yang pergi hanya 17 orang yang berjaya sampai ke puncak. *tepukan gemuruh*