Tuesday, 30 June 2015

TechiesTrip : Mossy Forest, Gunung Irau, Cameron Higland - Part 1

Assalamualaikum..

First of all, its being long time did not post anything, any stories or update something in my blog. ehemmm. *alih bahasa* Jadi hari ni tiba-tiba datang mood untuk tulis sesuatu dekat blog aku ni. Alang-alang dah singgah dekat blog sendiri (blogwalking kat blog sendiri sebab rasa takda orang baca pun blog aku ni. Sedih! Pedih! Pathetic! haha), hari ni aku nak cerita pengalaman aku join #TechiesTrip ke Mossy Forest, pendakian ke Gunung Irau, Cameron Highland. 

Sebelum aku kongsi pengalaman aku, aku nak cerita serba sedikit maklumat berkenaan Mossy Forest dan Gunung Irau ni. Mossy Forest hutan semulajadi yang biasanya terletak di ketinggian tertinggi di Cameron Highlands dan banjaran gunung lain di seluruh Malaysia. Pada tahap ketinggian ni, tahap rendah awan di langit yang digerakkan oleh angin menjadi salah satu faktor hutan-hutan ni di selimuti dengan kabus yang berterusan dan lembap. Para pelawat atau pendaki boleh menerokai Mossy Forest melalui sebuah laluan yang jaraknya lebih kurang 2km sebelum ke puncak Gunung Brinchang, bermulanya perjalanan untuk pendakian Mossy Forest terdapat platform atau tangga-tangga kayu kira-kira 150m melalui Mossy Forest. Perlu diingatkan yang Mossy Forest sangat licin dan berlumut, sangat sangat berlumut, sangat sangat licin. Gunung Irau merupakan gunung yang terletak di sempadan Perak dengan Pahang dan gunung ini mempunyai ketinggian 2, 110 m (6, 924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Higland dan ke 9 tertinggi di semenanjung dan yang ke-15 tertinggi di Malaysia. Tahap pendakian : Medium dan mempunyai trek tanah gambut, batu dan akar kayu. Sepanjang trek tanah gambut biasanya sangat berlecak, licin dan lembap, amat digalakkan pakai kasut but, kasut getah yang kuat cengkam, sediakan baju hujan , glove, air dan makanan yang mencukupi. 

Sebelum aku lupa, jadi bagaimana untuk ke Mossy Forest Gunung Brinchang? Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai sana, korang boleh memandu sendiri sebab Gunung Brinchang accessible by road. Cuma jalan dekat sana bengkang bengkok macam ular kena palu dan agak curam di sesetengah tempat, kalau naik kereta biasa InsyaAllah boleh sampai ke Gunung Brinchang tu tapi menurut pengalaman aku baik naik Land Rover, 4X4 ke triton ke 4wd ke sebab macam yang aku cakap jalan dia agak curam dan kalau hujan licin gila. Time kami pergi #TechiesTrip, kami konvoi 7 buah kereta, 6 buah kereta myvi, 1 buah honda lama dan seramai 27 orang yang join trip ni. Paling mencabar, oleh sebab hujan, jalan agak licin, time nak naik ke Gunung Berinchang (sikit je nak sampai ke entrance kawasan pendakian) kebanyakan kereta kami tak lepas, tayar agak licin dan kereta mengundur ke belakang. So, kami (semua penumpang) terpaksa turun dan tolak kereta-kereta tersebut. Cuak tak cuak bila naik bukit kereta mengundur ke belakang, tambahan lagi kalau satu kereta tu semua perempuan, nasib baik ada para lelaki Techies gagah perkasa tolong kami tolak kereta tu. Nampak la kerjasamanya kat sini. Kalau korang nak tahu laluan masuk ke Mossy Forest dan Gunung Brinchang juga melalui laluan ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Pertengahan jalan nanti ada simpang, kalau ke kanan tuju Ladang Sungei Palas manakala ke kiri akan sampai ke Gunung Brinchang. Jalan dia punya sempit muat-muat je satu kereta, kalau berselisih pandai-pandai korang la. haha. Kalau tak pandai bajet time selisih apakesah paling malang pun boleh tergelungsur masuk gaung, tak pun masuk ladang Teh. Okay tak lawak. So, kalau betul perhitungan kami, perjalanan dari Brinchang untuk sampai ke puncak Gunung Brinchang tak jauh mana pun. Ada dalam lebih kurang 30 to 40 minit agaknya untuk sampai ke main entrance Mossy Forest.

Tunggu sambungan cerita dalam Part 2. he he he