Friday, 30 January 2015

TIPS KURUS : Detox Water

Assalamualaikum..

Lama tak menaip, tetiba rasa nak update blog. Sementara still tak busy dengan FYP, aku nak share sikit TIPS KURUS. Sesiapa yang rasa dia gemuk angkat tangan! haha

Kalau tak rasa gemuk takda nya korang nak google tips kurus kan?

Aku rasa perut aku buncit, besar, teringin jugak nak perut flat macam VS model ye dak? haha. So, aku merajinkan diri untuk mengoogle DETOX WATER. Macam-macam jenis resepi detox water aku jumpa. Dan aku tertarik dengan detox water guna Apple Cider Vinegar (ACV). Biasa ACV ni memang bagus untuk bantu kempiskan perut dan menurunkan berat badan. Berdasarkan info yang aku dapat daripada blog kesihatan, Majalah The Bioscience, Biotechnology and Biochemistry menyatakan satu research pada 2009 membuktikan kalau amalkan minum ACV untuk 3 bulan boleh menyebabkan penurunan berat badan, lemak-lemak abdominal berkurang, ukur lilit pinggang mengecil dan triglycerides menurun. Selain itu, ACV jugak effective untuk heartburn dan membantu improve quality of sleep. ACV jugak dapat meningkatkan energy levels, membantu membaikpulih sistem penghadaman (yang ni sangat best untuk orang susah berak) dan mambantu meningkatkan immune system (sesuai untuk orang yang anti-body lemah).
 So, aku nak share sikit, selama 2 minggu (eh 2 minggu ke?) aku amalkan detox water ni memang terbukti berkesan sebab aku rasa perut aku mengecil sikit. Lepas tu tiap pagi wajib "melabur" dan memang puas ah. Lepas tu aku jamin kau rasa lega je, perut rasa kosong je. Lepas tu apa yang aku perasan sejak aku amalkan detox water ni aku dah jarang selsema. Biasa awal pagi mesti terbersin la selsema la, kena hujan sikit selesema. And kalau part turun berat tu aku tak timbang lagi, cukup sebulan aku timbang.

Aku amalkan minum setiap pagi dan malam sebelum tidur. Macam mana detox water yang aku amalkan?

Aku guna Apple Cider Vinegar, Honey, Lemon dan Cinnamon a.k.a serbuk kayu manis.


Bahan-bahan:

  • 2 gelas air
  • 4 Tbsp. Apple Cider Vinegar (Boleh Guna Heinz / Bragg -p/s: aku google dia ckp halal :') )
  • 4 Tbsp. lemon juice (1/2 buah lemon pun boleh)
  • 1 Tbsp. cinnamon a.k.a serbuk kayu manis
  • 4 Tbsp. honey (raw honey kalau boleh, kalau takda saya boleh jadi madu anda maybe? LOL)
Cara:
  • Larutkan dalam air panas serbuk kayu manis, ACV, lemon. Then bila suam baru tambah madu (taknak bagi madu hilang zat).
Kalau nak guna Green Tea pun boleh:
  • Green Tea
  • ACV
  • Honey