Wednesday, 13 August 2014

RedangRaya 2014

Assalamualaikum & Hi uolls..

Selamat Hari Raya. hekhekhek Raya sebulan kan? So boleh la ucap hari raya lagi kan, dikesempatan ini iolls, Nur Ain Binti Zawawi from Pasir Mas with love mengucapkan Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin. Nah belanja gambar sikit :3


Haa, merah tak makngah? haha
Macam mana raya korang? ada best? Kalau seorang nur ain macam biasalah adat anak perantauan mesti pulang ke kampung halaman lagi-lagi hari raya kan. Walaupun raya tak semeriah dulu, walaupun rasa macam tak ada apa-apa dekat kampung tu tapi keinginan balik kampung tetap ada. Syukur lah balik awal, jumaat malam kami dah balik. Perjalanan smooth je, tak jammed. Pukul 11 bertolak dari Kemaman, berhenti sahur, pkul 4.45 pagi macam tu selamat sampai di Pasir Mas.

Iolls beraya sehari je dekat Pasir Mas tu, pagi sampai malam pulun marathon raya rumah sanak saudara. Ye lah raya kedua pagi sesudah Subuh kami bertolak ke Merang. Kejar feri di jeti Merang untuk ke Redang, feri pukul 9. 3 hari 2 malam beraya di Redang. So aku panggil trip ni RedangRaya. Meh nak share sikit gambar dekat redang, iolls nak cakap dekat uolls redang best giler. Laut biru hijau tenang damai...aaaaaaaa best..