Thursday, 17 July 2014

Resepi Kek Keju Jepun

Assalamualaikum..

Hi uolls. Hari ni nak share sikit resepi Kek Keju Jepun.
Sebenarnya aku tak try buat lagi. Oleh kerana seorang Nur Ain malas nak salin resepi, so seorang nur ain just kopi and pasta dekat blog je. Nampak gambor macam sedap. Macam la macam, tapi rasanya tak tahu sebab belum cuba. hewhewhew :3



Kek Keju Jepun

Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar


Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing