Wednesday, 21 May 2014

Track & Trace Pos Malaysia (Poslaju)



Assalamualaikum..

Kepada para hantu online shopping, tak kira la suka beli baju online ke makanan ke kasut ke tudung ke produk ke ni cheq nak habaq mai sat. Mende ni hangpa semua kena tahu, ya lah bila beli barang online mesti la dapat tracking number dari penjual tu. Senang untuk kita check barang kita dah sampai mana, kenapa boleh lambat sampai, ye dok?

So bila check dekat http://www.expresstrack.net/ dia akan keluar status barang kita. Ni cheq nak habaq mai pasal status-status barang tu. Sebagai panduan  hantu-hantu shopping online, kaki shopping online , status penghantaran yang ada dalam sistem poslaju akan membawa maksud sama macam kat bawah ni :-

1. Courier is attempting delivery : Item sedang dalam proses penghantaran pada hari ini. Waktu penghantaran poslaju adalah sehingga jam 6 petang.

2. Consignment arrived at processing center / transit office: Item tiba di pusat agihan / pejabat transit dan sedang dalam proses agihan.

3. Consignment dispatch out from processing center / transit office: Item keluar dari pejabat transit / pusat agihan. Ia akan dihantar ke pusat agihan terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

4. Consignment successfully delivered : Item telah berjaya diserah.

5. Unable to deliver the item due to Missed delivery - Item will be deliver next working day : Item ditangguhkan penghantaran kepada keesokan hari.

6. Consignment to be collected at Counter Delivery : Item sedia diambil di kaunter penghantaran.