Friday, 23 May 2014

Internship at Schlumberger Kemaman

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai juga yang interested nak intern dengan Schlumberger Kemaman, ni aku nak kabor la sikit dekat korang semua. FYI, Schlumberger Kemaman hanya buka vacancy internship position kepada students dari dua buah Uni panel kita iaitu UTP & UTeM..

So, dalam erti kata lain pihak Slb Kemaman hanya ambil students daripada dua uni panel tersebut.

"Habis uni lain tak ambil la?"
"Kenapa pula macam tu? Takda peluang la orang lain nak intern dekat situ."
"Kalau saya nak try juga boleh?"

Okay, sayang-sayang semua. For your information, anda semua boleh mencuba tapi keutamaan memang akan berpihak kepada students uni panel la. Kenapa macam tu? Sebab biasanya diorang rekrut budak-budak intern melalui career fair or career talk dekat universiti panel tu, student drop resume dan yang mana shortlisted diorang akan contact. Lagi satu sebab sebelum ni memang pihak company telah berurusan dengan pihak uni panel untuk ambil pelajar intern. Ye la bila dah bertahun-tahun deal dengan pihak uni panel company dah tahu la student uni panel ni macam mana. Macam mana nak deal dengan diorang, nak berurusan dengan pihak uni dan semua-semua la. Apa requirements uni panel tu. Apa project yang biasa budak-budak diorang akan buat. Macam mana penilaian intern tu akan dibuat. Lagipun nak ambil student intern dan pekerja baru bukanlah senang ye. Pihak HR nak kena consider macam-macam before serap masuk diorang dalam company ni. Nak uruskan itu ini.

Tapi kalau nak mencuba nasib tak salah.
Haa aku nak bagitahu juga, uolls tak payah la tanya macam-macam dekat HR ni. Macam mana nak apply la. Nak contact siapa la. Kalau korang tanya juga, iolls berani tak makan nasi sebulan kalau jawapan yang uolls dapat selain "Kalau nak apply intern ke kerja ke sila lah apply dekat www.careers.slb.com. " haha  ( Trust me, I am HR. Kah!)

Nota Kaki:

Kepada adik-adik bakal intern silalah pilih tempat yang sesuai. Kalau boleh tak nak lah menyusahkan diri in future. Carilah tempat yang senang dapat rumah sewa (lagi jimat dekat rumah sendiri) dan senang nak pergi kerja (banyak kemudahan awam). Memang lah time intern ni nak berdikari tapi kalau gaji RM1000, (tu kalau nasib baik seribu, tak bernasib baik buat internship tanpa gaji) tiap bulan nak bayar sewa rumah, duit minyak kete, makan minum, bil elektrik& air, topup emmm emmm memang tak cukup la. Iolls lagi la guna kereta bapak. CC kereta besor la jugak, walaupun tempat kerja 15min daripada rumah, duit minyak kereta adalah RM100 seminggu. Haa tak keluar duit rumah sewa, tapi duit makan minum..emmm emm..tapi kalau berjimat boleh lah simpan sikit daripada seribu dua tu..

Lagi satu kalau dapat offer tu jangan hold lama-lama. Kesian lah dekat kawan-kawan yang tak dapat offer lagi. Stress diorang tahu tak? Kalau dapat offer banyak tu, SENYAP boleh tak? jangan duk bragging sangat, kesian kecik hati orang lain yang tak dapat. Haa kalau dah reject banyak offer pun senyap jugak. Kalau bising nanti orang annoying dengan kau, rasa nak terajang pun ada ( berdasarkan pengalaman sendiri)

Amboih panjang nota kaki aku. Tengok kaki la *tunjuk kaki 2NE1*

Wednesday, 21 May 2014

Track & Trace Pos Malaysia (Poslaju)



Assalamualaikum..

Kepada para hantu online shopping, tak kira la suka beli baju online ke makanan ke kasut ke tudung ke produk ke ni cheq nak habaq mai sat. Mende ni hangpa semua kena tahu, ya lah bila beli barang online mesti la dapat tracking number dari penjual tu. Senang untuk kita check barang kita dah sampai mana, kenapa boleh lambat sampai, ye dok?

So bila check dekat http://www.expresstrack.net/ dia akan keluar status barang kita. Ni cheq nak habaq mai pasal status-status barang tu. Sebagai panduan  hantu-hantu shopping online, kaki shopping online , status penghantaran yang ada dalam sistem poslaju akan membawa maksud sama macam kat bawah ni :-

1. Courier is attempting delivery : Item sedang dalam proses penghantaran pada hari ini. Waktu penghantaran poslaju adalah sehingga jam 6 petang.

2. Consignment arrived at processing center / transit office: Item tiba di pusat agihan / pejabat transit dan sedang dalam proses agihan.

3. Consignment dispatch out from processing center / transit office: Item keluar dari pejabat transit / pusat agihan. Ia akan dihantar ke pusat agihan terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

4. Consignment successfully delivered : Item telah berjaya diserah.

5. Unable to deliver the item due to Missed delivery - Item will be deliver next working day : Item ditangguhkan penghantaran kepada keesokan hari.

6. Consignment to be collected at Counter Delivery : Item sedia diambil di kaunter penghantaran.