Wednesday, 12 February 2014

Dah Rasa Besar!

Assalamualaikum..

Hye semua.

Makin besar rasa macam makin lupa diri. Sedar tak sedar kadang-kadang kita rasa kita dah besar, apa kita buat kita yakin betul. Sebab bila rasa dah besar kadang-kadang bila orang tegur kita rasa menyampah rasa annoying termasuklah bila parents kita membebel pot pet pot pet. Time tu mesti kita rasa panas je telinga nak dengar mak abah berleter. Kita rasa menyampah. Kadang-kadang dalam hati rasa macam "Hish, amende la, orang tahu la apa orang buat" "Ish, sikit-sikit nak membebel. Bosan aku hidup macam ni." "Blerghh, kalau tak membebel sehari tak sah agaknya."

Aku mengaku aku pun bukanlah anak yang baik sangat. Contohnya, adik-adik kau bergaduh bertekak, kau masuk campur marahkan diorang semua. Eh tiba-tiba time tu parents kau ada, kau pulak kena marah tak bersebab. Mesti lah rasa bengang kan? Tipulah tak pernah terlintas dalam hati kau nak marah-marah balik parents kau kan. Mesti ada punya la. Sebab kau takleh luah rasa marah kau, kau marah dalam hati. (time tengah marah-marah dalam hati duk kutuk parents kau baik kau istighfar cepat-cepat! dosa gak kutuk parents dalam hati ni!)

Kalau aku tak puas hati dan aku rasa nak marah mesti aku akan "hishh" duduk 2-3 saat aku akan buat bunyi "hish" lagi. Satu hari tu, aku tak tahu apa masalah aku, apa aku tak puas hati dengan ibu aku. Aku keep sebut "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng kepala. Time tu aku tak sedar yang aku diperhatikan. Dan semua tu aku tak sedar aku buat sebab dah terbiasa, dah jadi habit kan. Lepas tu ada seorang hamba Allah tegur, time tu kita tengah cakap perangai orang sekeliling, orang yang kita kenal layan parents masing-masing. Lepas tu ada satu soalan terkeluar daripada mulut dia yang buat aku sentap kaw-kaw punya lah. "Haa. Kau ni hari tu aku tengok duk cakap "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng dekat mak kau kenapa? apa yang kau tak puas hati dengan mak kau?".

Aku dengar soalan tu aku terdiam. Aku kelu macam tak tahu nak jawab apa. Aku macam tak perasan pun aku buat macam tu - maybe sebab dah terbiasa sangat kan. Aku pun cakap, "maybe dah terbiasa macam tu kot dengan kawan-kawan apa semua sampai tak sedar buat macam tu". Sumpah aku cakap, aku terkesan giler kot. Menusuk kalbu tajam giler soalan tu. Aku nangis kaw-kaw ah lepas tu. Rasa macam berdosa giler. Rasa macam kurang ajar giler. Sejak hari tu, aku sangat jaga ah sikit apa aku nak cakap nak buat dengan parents aku, orang sekeliling aku. Takut aku buat macam tu lagi dekat parents aku, kadang-kadang kita tak sedar, sikap perangai kita cara kita bercakap sebab dah terbiasa dengan kawan-kawan, kita layan parents kita macam tu jugak. Aku cukup takut kalau time aku tengah marah stress aku termarah orang lain. Kadang-kadang aku jenis yang simpan, anytime boleh meletus dan mudah ternaik suara dengan orang lain. Maybe aku nak marah sebab lain, bila orang tu keep tanya aku macam-macam aku rasa nak marah dan aku takkan sedar apa yang aku buat time tu. Lepas aku calm baru aku rasa tenang, then time tu lag baru aku akan macam falshback balik apa aku buat tadi. Memang lepas tu bersalah giler lepas tu fikir macam mana nak mintak maaf dan macam mana nak makesure orang tu terasa dengan aku. Sigh! Teruknya perangai seorang Nur Ain.

I would like to remind you and me, myself, jaga perangai pertuturan cara cakap cara layan bila dengan parents. Bukan dengan parents je, dengan orang lain pun okay! Kadang-kadang kita tak sedar sebab kita dah terbiasa, manalah tahu sebenarnya parents kita terasa dengan cara kita. Ye la, orang luar dengar kau cakap, tengok cara kau dengan parents kau, kalau diorang rasa kau biadap dengan parents kau maybe tu betul dan parents kau pun terasa dengan kau cuma kau tak sedar. Ye la takkan diorang bagitahu diorang terasa dengan kau. Even kau rasa kau betul, kau dah besar kau tahu kau nak buat apa, selagi boleh kau jaga hati parents baik kau jaga. Memang lah kadang-kadang parents dia tahu je dia salah tapi biasalah parents pun ada ego mesti dia nak tunjuk je dia betul. So, layankanlah. Ayuhlah try ubah perangai kita jadi anak yang baik dari segi semua aspek (ciss macam ayat karangan bahasa melayu)

Daa,xoxo.