Wednesday, 12 February 2014

Dah Rasa Besar!

Assalamualaikum..

Hye semua.

Makin besar rasa macam makin lupa diri. Sedar tak sedar kadang-kadang kita rasa kita dah besar, apa kita buat kita yakin betul. Sebab bila rasa dah besar kadang-kadang bila orang tegur kita rasa menyampah rasa annoying termasuklah bila parents kita membebel pot pet pot pet. Time tu mesti kita rasa panas je telinga nak dengar mak abah berleter. Kita rasa menyampah. Kadang-kadang dalam hati rasa macam "Hish, amende la, orang tahu la apa orang buat" "Ish, sikit-sikit nak membebel. Bosan aku hidup macam ni." "Blerghh, kalau tak membebel sehari tak sah agaknya."

Aku mengaku aku pun bukanlah anak yang baik sangat. Contohnya, adik-adik kau bergaduh bertekak, kau masuk campur marahkan diorang semua. Eh tiba-tiba time tu parents kau ada, kau pulak kena marah tak bersebab. Mesti lah rasa bengang kan? Tipulah tak pernah terlintas dalam hati kau nak marah-marah balik parents kau kan. Mesti ada punya la. Sebab kau takleh luah rasa marah kau, kau marah dalam hati. (time tengah marah-marah dalam hati duk kutuk parents kau baik kau istighfar cepat-cepat! dosa gak kutuk parents dalam hati ni!)

Kalau aku tak puas hati dan aku rasa nak marah mesti aku akan "hishh" duduk 2-3 saat aku akan buat bunyi "hish" lagi. Satu hari tu, aku tak tahu apa masalah aku, apa aku tak puas hati dengan ibu aku. Aku keep sebut "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng kepala. Time tu aku tak sedar yang aku diperhatikan. Dan semua tu aku tak sedar aku buat sebab dah terbiasa, dah jadi habit kan. Lepas tu ada seorang hamba Allah tegur, time tu kita tengah cakap perangai orang sekeliling, orang yang kita kenal layan parents masing-masing. Lepas tu ada satu soalan terkeluar daripada mulut dia yang buat aku sentap kaw-kaw punya lah. "Haa. Kau ni hari tu aku tengok duk cakap "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng dekat mak kau kenapa? apa yang kau tak puas hati dengan mak kau?".

Aku dengar soalan tu aku terdiam. Aku kelu macam tak tahu nak jawab apa. Aku macam tak perasan pun aku buat macam tu - maybe sebab dah terbiasa sangat kan. Aku pun cakap, "maybe dah terbiasa macam tu kot dengan kawan-kawan apa semua sampai tak sedar buat macam tu". Sumpah aku cakap, aku terkesan giler kot. Menusuk kalbu tajam giler soalan tu. Aku nangis kaw-kaw ah lepas tu. Rasa macam berdosa giler. Rasa macam kurang ajar giler. Sejak hari tu, aku sangat jaga ah sikit apa aku nak cakap nak buat dengan parents aku, orang sekeliling aku. Takut aku buat macam tu lagi dekat parents aku, kadang-kadang kita tak sedar, sikap perangai kita cara kita bercakap sebab dah terbiasa dengan kawan-kawan, kita layan parents kita macam tu jugak. Aku cukup takut kalau time aku tengah marah stress aku termarah orang lain. Kadang-kadang aku jenis yang simpan, anytime boleh meletus dan mudah ternaik suara dengan orang lain. Maybe aku nak marah sebab lain, bila orang tu keep tanya aku macam-macam aku rasa nak marah dan aku takkan sedar apa yang aku buat time tu. Lepas aku calm baru aku rasa tenang, then time tu lag baru aku akan macam falshback balik apa aku buat tadi. Memang lepas tu bersalah giler lepas tu fikir macam mana nak mintak maaf dan macam mana nak makesure orang tu terasa dengan aku. Sigh! Teruknya perangai seorang Nur Ain.

I would like to remind you and me, myself, jaga perangai pertuturan cara cakap cara layan bila dengan parents. Bukan dengan parents je, dengan orang lain pun okay! Kadang-kadang kita tak sedar sebab kita dah terbiasa, manalah tahu sebenarnya parents kita terasa dengan cara kita. Ye la, orang luar dengar kau cakap, tengok cara kau dengan parents kau, kalau diorang rasa kau biadap dengan parents kau maybe tu betul dan parents kau pun terasa dengan kau cuma kau tak sedar. Ye la takkan diorang bagitahu diorang terasa dengan kau. Even kau rasa kau betul, kau dah besar kau tahu kau nak buat apa, selagi boleh kau jaga hati parents baik kau jaga. Memang lah kadang-kadang parents dia tahu je dia salah tapi biasalah parents pun ada ego mesti dia nak tunjuk je dia betul. So, layankanlah. Ayuhlah try ubah perangai kita jadi anak yang baik dari segi semua aspek (ciss macam ayat karangan bahasa melayu)

Daa,xoxo.

Saturday, 8 February 2014

Internships Programme

Assalamualaikum..

Hye uolls.

Lama rasanya iolls tak update blog. Ye la last post bulan November 2013. FYI, iolls dah start intern (praktikal/ LI) bulan Jan lepas. So far sambutan tahun baru 2014 will be one of my best memories ever, of course lah sebab iolls sambut tahun baru iolls dengan makwe-makwe tersayang yang paling iolls sayang dekat UTP tu.

22 Januari 2014

Mula lah iolls bergelar seorang Vacation Trainee - Schlumberger WTA (M) Sdn.Bhd di KSB (Kemaman Supply Base). At 9.00a.m we've to reporting to our manager at Warehouse 29. Perkenalkan manager iolls bernama Mrs. Nor Jehan Akbal Ahmad. First impression iolls, iolls rasa beliau garang tapi time first we met mata bertentang mata (tak sempat nak bertentang pun sebenarnya), time tu dia rushing sangat. Ye la dia baru balik daripada Chiang Mai lepas tu petang ni dia nak kena pergi KL pulak.

Iolls jumpa sekejap je dengan kak Jehan tu. Lepas tu iolls diserahkan kepada Mrs, Norazila Razali (Manager Dayah) untuk dibawa look around warehouse 29 dan warehouse 18. Oh lupa iolls nak bagitahu, iolls intern bukan sorang-sorang kat sini. Iolls ada 2 orang kawan yang memang akan jadi bestfriend iolls la untuk sekarang dan next 7 months iaitu Dayah dan Rafiqah Zainal Abidin. Iolls intern untuk department Human Resources, Dayah - dept IT dan Rafiqah - dept complishing (dia jadi admin).

So far, kerja-kerja iolls takda lah berat sangat. But as HR, you have to be more careful because you're handling private & confidential data/info. Tak kira lah info company or employees. Tambah-tambah lagi manager iolls bagi kepercayaan sepenuhnya untuk iolls guna fully access all the HR system.

Working environment kat sini? emm so far okay, iolls ada 2 main office (padahal office manager iolls) dekat WH 29 & WH 18. Semua okay cuma beberapa mende je yang tak okay. Uolls tahu je la warehouse ni macam mana. Semestinya lah ramai pekerja lelaki dan diorang yang monopoli conquer segenap sudut tempat-tempat di sini. So kitorang hari-hari tapau je makanan daripada rumah. Ehemmm tapi yang best kat sini boleh cuci mata (kenyit-kenyit mata).. Ramai engineer hensem hukhukhuk . Ya Allah pertemukanlah hambaMu jodoh, ya Allah (tadah tangan & doa). Amin. hahahaha