Thursday, 2 October 2014

Short Gateway : To Pangkor We Go!

Assalamualaikum..

*Mohon izin laluan tuan empunya blog nak sapu debu debunga cinta cikit.  Eh?. haha Perghhh berhabuk lama tak jenguk blog sendiri. -.-

Lamanya tak update, padahal ada je keinginan nak update blog tapi sebab kemalasan melanda. Hari ni baru menyempat nak update blog.

Sesungguhnya teramat lama seorang Nur Ain tidak menjejakkan kakinya di UTP.

Hello UTP! I'm back!

Lebih kurang 9 bulan duduk rumah, memang betul-betul seronok duaronok beronok-ronok la dekat rumah. Lama tak stay lama-lama dekat rumah sejak masuk belajar. Lepas tu mula la, datang UTP tak sampai seminggu jadi cengeng. Homesick katanya. Dak malu aih besar tong dram pun homesick bagai.

First of all, i'm happy to be here, in UTP, again. Long time no see my kesayangan merangkap sebagai housemates, patner workout, patner gila-gila dan sebagainya. Semua berubah ada makin kurus, makin cun, makin comel dan termasuk saya yang makin dot dot. haha

Hi Final Year!
Sebelum masing-masing mem'busy'kan diri dengan kelas, lab, assignment, project dan sebagainya, kami 'housemates' ambil keputusan to have a short gateway bersama housemates. So, to Pangkor we go! Nah belanja gambar ciked.












Wednesday, 13 August 2014

RedangRaya 2014

Assalamualaikum & Hi uolls..

Selamat Hari Raya. hekhekhek Raya sebulan kan? So boleh la ucap hari raya lagi kan, dikesempatan ini iolls, Nur Ain Binti Zawawi from Pasir Mas with love mengucapkan Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin. Nah belanja gambar sikit :3


Haa, merah tak makngah? haha
Macam mana raya korang? ada best? Kalau seorang nur ain macam biasalah adat anak perantauan mesti pulang ke kampung halaman lagi-lagi hari raya kan. Walaupun raya tak semeriah dulu, walaupun rasa macam tak ada apa-apa dekat kampung tu tapi keinginan balik kampung tetap ada. Syukur lah balik awal, jumaat malam kami dah balik. Perjalanan smooth je, tak jammed. Pukul 11 bertolak dari Kemaman, berhenti sahur, pkul 4.45 pagi macam tu selamat sampai di Pasir Mas.

Iolls beraya sehari je dekat Pasir Mas tu, pagi sampai malam pulun marathon raya rumah sanak saudara. Ye lah raya kedua pagi sesudah Subuh kami bertolak ke Merang. Kejar feri di jeti Merang untuk ke Redang, feri pukul 9. 3 hari 2 malam beraya di Redang. So aku panggil trip ni RedangRaya. Meh nak share sikit gambar dekat redang, iolls nak cakap dekat uolls redang best giler. Laut biru hijau tenang damai...aaaaaaaa best..


Monday, 21 July 2014

Solat Tahajjud - Doa Sebelum & Selepas Solat Tahajjud serta Bacaan dalam Solat

Assalamualaikum..

Hi uolls. Pejam celik pejam celik dah nak habis puasa kan? Korang sedar tak sekarang dah masuk 10 malam terakhir bulan ramadhan dan kita diseru untuk mengimarahkan 10 malam terakhir ni.

Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau menguatkan ikatan tali sarungnya (yakni meningkat amalan ibadah baginda), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan istri-istrinya.” Muttafaqun ‘alaihi

So, dikesempatan ini iolls nak share la sikit info yang iolls dapat dari blog Shafiqolbu iaitu berkaitan dengan solat Tahajjud. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.


Firman Allah SWT.:



“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)


Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)



Tujuan Solat Tahajjud
  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda, “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :



.


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2. Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a)

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;

b)

Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:



5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:



6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~





Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam

  • Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  • Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

creadit to: Shafiqolbu

Thursday, 17 July 2014

Resepi Kek Keju Jepun

Assalamualaikum..

Hi uolls. Hari ni nak share sikit resepi Kek Keju Jepun.
Sebenarnya aku tak try buat lagi. Oleh kerana seorang Nur Ain malas nak salin resepi, so seorang nur ain just kopi and pasta dekat blog je. Nampak gambor macam sedap. Macam la macam, tapi rasanya tak tahu sebab belum cuba. hewhewhew :3



Kek Keju Jepun

Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar


Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing

Friday, 23 May 2014

Internship at Schlumberger Kemaman

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai juga yang interested nak intern dengan Schlumberger Kemaman, ni aku nak kabor la sikit dekat korang semua. FYI, Schlumberger Kemaman hanya buka vacancy internship position kepada students dari dua buah Uni panel kita iaitu UTP & UTeM..

So, dalam erti kata lain pihak Slb Kemaman hanya ambil students daripada dua uni panel tersebut.

"Habis uni lain tak ambil la?"
"Kenapa pula macam tu? Takda peluang la orang lain nak intern dekat situ."
"Kalau saya nak try juga boleh?"

Okay, sayang-sayang semua. For your information, anda semua boleh mencuba tapi keutamaan memang akan berpihak kepada students uni panel la. Kenapa macam tu? Sebab biasanya diorang rekrut budak-budak intern melalui career fair or career talk dekat universiti panel tu, student drop resume dan yang mana shortlisted diorang akan contact. Lagi satu sebab sebelum ni memang pihak company telah berurusan dengan pihak uni panel untuk ambil pelajar intern. Ye la bila dah bertahun-tahun deal dengan pihak uni panel company dah tahu la student uni panel ni macam mana. Macam mana nak deal dengan diorang, nak berurusan dengan pihak uni dan semua-semua la. Apa requirements uni panel tu. Apa project yang biasa budak-budak diorang akan buat. Macam mana penilaian intern tu akan dibuat. Lagipun nak ambil student intern dan pekerja baru bukanlah senang ye. Pihak HR nak kena consider macam-macam before serap masuk diorang dalam company ni. Nak uruskan itu ini.

Tapi kalau nak mencuba nasib tak salah.
Haa aku nak bagitahu juga, uolls tak payah la tanya macam-macam dekat HR ni. Macam mana nak apply la. Nak contact siapa la. Kalau korang tanya juga, iolls berani tak makan nasi sebulan kalau jawapan yang uolls dapat selain "Kalau nak apply intern ke kerja ke sila lah apply dekat www.careers.slb.com. " haha  ( Trust me, I am HR. Kah!)

Nota Kaki:

Kepada adik-adik bakal intern silalah pilih tempat yang sesuai. Kalau boleh tak nak lah menyusahkan diri in future. Carilah tempat yang senang dapat rumah sewa (lagi jimat dekat rumah sendiri) dan senang nak pergi kerja (banyak kemudahan awam). Memang lah time intern ni nak berdikari tapi kalau gaji RM1000, (tu kalau nasib baik seribu, tak bernasib baik buat internship tanpa gaji) tiap bulan nak bayar sewa rumah, duit minyak kete, makan minum, bil elektrik& air, topup emmm emmm memang tak cukup la. Iolls lagi la guna kereta bapak. CC kereta besor la jugak, walaupun tempat kerja 15min daripada rumah, duit minyak kereta adalah RM100 seminggu. Haa tak keluar duit rumah sewa, tapi duit makan minum..emmm emm..tapi kalau berjimat boleh lah simpan sikit daripada seribu dua tu..

Lagi satu kalau dapat offer tu jangan hold lama-lama. Kesian lah dekat kawan-kawan yang tak dapat offer lagi. Stress diorang tahu tak? Kalau dapat offer banyak tu, SENYAP boleh tak? jangan duk bragging sangat, kesian kecik hati orang lain yang tak dapat. Haa kalau dah reject banyak offer pun senyap jugak. Kalau bising nanti orang annoying dengan kau, rasa nak terajang pun ada ( berdasarkan pengalaman sendiri)

Amboih panjang nota kaki aku. Tengok kaki la *tunjuk kaki 2NE1*

Wednesday, 21 May 2014

Track & Trace Pos Malaysia (Poslaju)



Assalamualaikum..

Kepada para hantu online shopping, tak kira la suka beli baju online ke makanan ke kasut ke tudung ke produk ke ni cheq nak habaq mai sat. Mende ni hangpa semua kena tahu, ya lah bila beli barang online mesti la dapat tracking number dari penjual tu. Senang untuk kita check barang kita dah sampai mana, kenapa boleh lambat sampai, ye dok?

So bila check dekat http://www.expresstrack.net/ dia akan keluar status barang kita. Ni cheq nak habaq mai pasal status-status barang tu. Sebagai panduan  hantu-hantu shopping online, kaki shopping online , status penghantaran yang ada dalam sistem poslaju akan membawa maksud sama macam kat bawah ni :-

1. Courier is attempting delivery : Item sedang dalam proses penghantaran pada hari ini. Waktu penghantaran poslaju adalah sehingga jam 6 petang.

2. Consignment arrived at processing center / transit office: Item tiba di pusat agihan / pejabat transit dan sedang dalam proses agihan.

3. Consignment dispatch out from processing center / transit office: Item keluar dari pejabat transit / pusat agihan. Ia akan dihantar ke pusat agihan terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

4. Consignment successfully delivered : Item telah berjaya diserah.

5. Unable to deliver the item due to Missed delivery - Item will be deliver next working day : Item ditangguhkan penghantaran kepada keesokan hari.

6. Consignment to be collected at Counter Delivery : Item sedia diambil di kaunter penghantaran.

Thursday, 13 March 2014

Internship

Assalamualaikum..
Hye chuolls..
How's life? So far life aku time intern ni okay la. Fun. Met new people. Proud of me, myself because could adapt to this kind of new environment. Had new friends. Build some networking. But from the bottom of my heart, i do missing utp. Like seriously, i do. Emm not utp actually but my life in utp, my friends and my routine.
I miss my bestfriends so damn much. Being crazy together. Laughing as loud as we want.
This is my new life. Here in Kemaman Supply Base.

Wednesday, 12 February 2014

Dah Rasa Besar!

Assalamualaikum..

Hye semua.

Makin besar rasa macam makin lupa diri. Sedar tak sedar kadang-kadang kita rasa kita dah besar, apa kita buat kita yakin betul. Sebab bila rasa dah besar kadang-kadang bila orang tegur kita rasa menyampah rasa annoying termasuklah bila parents kita membebel pot pet pot pet. Time tu mesti kita rasa panas je telinga nak dengar mak abah berleter. Kita rasa menyampah. Kadang-kadang dalam hati rasa macam "Hish, amende la, orang tahu la apa orang buat" "Ish, sikit-sikit nak membebel. Bosan aku hidup macam ni." "Blerghh, kalau tak membebel sehari tak sah agaknya."

Aku mengaku aku pun bukanlah anak yang baik sangat. Contohnya, adik-adik kau bergaduh bertekak, kau masuk campur marahkan diorang semua. Eh tiba-tiba time tu parents kau ada, kau pulak kena marah tak bersebab. Mesti lah rasa bengang kan? Tipulah tak pernah terlintas dalam hati kau nak marah-marah balik parents kau kan. Mesti ada punya la. Sebab kau takleh luah rasa marah kau, kau marah dalam hati. (time tengah marah-marah dalam hati duk kutuk parents kau baik kau istighfar cepat-cepat! dosa gak kutuk parents dalam hati ni!)

Kalau aku tak puas hati dan aku rasa nak marah mesti aku akan "hishh" duduk 2-3 saat aku akan buat bunyi "hish" lagi. Satu hari tu, aku tak tahu apa masalah aku, apa aku tak puas hati dengan ibu aku. Aku keep sebut "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng kepala. Time tu aku tak sedar yang aku diperhatikan. Dan semua tu aku tak sedar aku buat sebab dah terbiasa, dah jadi habit kan. Lepas tu ada seorang hamba Allah tegur, time tu kita tengah cakap perangai orang sekeliling, orang yang kita kenal layan parents masing-masing. Lepas tu ada satu soalan terkeluar daripada mulut dia yang buat aku sentap kaw-kaw punya lah. "Haa. Kau ni hari tu aku tengok duk cakap "hish" "hish" lepas tu geleng-geleng dekat mak kau kenapa? apa yang kau tak puas hati dengan mak kau?".

Aku dengar soalan tu aku terdiam. Aku kelu macam tak tahu nak jawab apa. Aku macam tak perasan pun aku buat macam tu - maybe sebab dah terbiasa sangat kan. Aku pun cakap, "maybe dah terbiasa macam tu kot dengan kawan-kawan apa semua sampai tak sedar buat macam tu". Sumpah aku cakap, aku terkesan giler kot. Menusuk kalbu tajam giler soalan tu. Aku nangis kaw-kaw ah lepas tu. Rasa macam berdosa giler. Rasa macam kurang ajar giler. Sejak hari tu, aku sangat jaga ah sikit apa aku nak cakap nak buat dengan parents aku, orang sekeliling aku. Takut aku buat macam tu lagi dekat parents aku, kadang-kadang kita tak sedar, sikap perangai kita cara kita bercakap sebab dah terbiasa dengan kawan-kawan, kita layan parents kita macam tu jugak. Aku cukup takut kalau time aku tengah marah stress aku termarah orang lain. Kadang-kadang aku jenis yang simpan, anytime boleh meletus dan mudah ternaik suara dengan orang lain. Maybe aku nak marah sebab lain, bila orang tu keep tanya aku macam-macam aku rasa nak marah dan aku takkan sedar apa yang aku buat time tu. Lepas aku calm baru aku rasa tenang, then time tu lag baru aku akan macam falshback balik apa aku buat tadi. Memang lepas tu bersalah giler lepas tu fikir macam mana nak mintak maaf dan macam mana nak makesure orang tu terasa dengan aku. Sigh! Teruknya perangai seorang Nur Ain.

I would like to remind you and me, myself, jaga perangai pertuturan cara cakap cara layan bila dengan parents. Bukan dengan parents je, dengan orang lain pun okay! Kadang-kadang kita tak sedar sebab kita dah terbiasa, manalah tahu sebenarnya parents kita terasa dengan cara kita. Ye la, orang luar dengar kau cakap, tengok cara kau dengan parents kau, kalau diorang rasa kau biadap dengan parents kau maybe tu betul dan parents kau pun terasa dengan kau cuma kau tak sedar. Ye la takkan diorang bagitahu diorang terasa dengan kau. Even kau rasa kau betul, kau dah besar kau tahu kau nak buat apa, selagi boleh kau jaga hati parents baik kau jaga. Memang lah kadang-kadang parents dia tahu je dia salah tapi biasalah parents pun ada ego mesti dia nak tunjuk je dia betul. So, layankanlah. Ayuhlah try ubah perangai kita jadi anak yang baik dari segi semua aspek (ciss macam ayat karangan bahasa melayu)

Daa,xoxo.

Saturday, 8 February 2014

Internships Programme

Assalamualaikum..

Hye uolls.

Lama rasanya iolls tak update blog. Ye la last post bulan November 2013. FYI, iolls dah start intern (praktikal/ LI) bulan Jan lepas. So far sambutan tahun baru 2014 will be one of my best memories ever, of course lah sebab iolls sambut tahun baru iolls dengan makwe-makwe tersayang yang paling iolls sayang dekat UTP tu.

22 Januari 2014

Mula lah iolls bergelar seorang Vacation Trainee - Schlumberger WTA (M) Sdn.Bhd di KSB (Kemaman Supply Base). At 9.00a.m we've to reporting to our manager at Warehouse 29. Perkenalkan manager iolls bernama Mrs. Nor Jehan Akbal Ahmad. First impression iolls, iolls rasa beliau garang tapi time first we met mata bertentang mata (tak sempat nak bertentang pun sebenarnya), time tu dia rushing sangat. Ye la dia baru balik daripada Chiang Mai lepas tu petang ni dia nak kena pergi KL pulak.

Iolls jumpa sekejap je dengan kak Jehan tu. Lepas tu iolls diserahkan kepada Mrs, Norazila Razali (Manager Dayah) untuk dibawa look around warehouse 29 dan warehouse 18. Oh lupa iolls nak bagitahu, iolls intern bukan sorang-sorang kat sini. Iolls ada 2 orang kawan yang memang akan jadi bestfriend iolls la untuk sekarang dan next 7 months iaitu Dayah dan Rafiqah Zainal Abidin. Iolls intern untuk department Human Resources, Dayah - dept IT dan Rafiqah - dept complishing (dia jadi admin).

So far, kerja-kerja iolls takda lah berat sangat. But as HR, you have to be more careful because you're handling private & confidential data/info. Tak kira lah info company or employees. Tambah-tambah lagi manager iolls bagi kepercayaan sepenuhnya untuk iolls guna fully access all the HR system.

Working environment kat sini? emm so far okay, iolls ada 2 main office (padahal office manager iolls) dekat WH 29 & WH 18. Semua okay cuma beberapa mende je yang tak okay. Uolls tahu je la warehouse ni macam mana. Semestinya lah ramai pekerja lelaki dan diorang yang monopoli conquer segenap sudut tempat-tempat di sini. So kitorang hari-hari tapau je makanan daripada rumah. Ehemmm tapi yang best kat sini boleh cuci mata (kenyit-kenyit mata).. Ramai engineer hensem hukhukhuk . Ya Allah pertemukanlah hambaMu jodoh, ya Allah (tadah tangan & doa). Amin. hahahaha