Saturday, 21 September 2013

Petua cantik : Macam mana nak jadi cantik?

Assalamualaikum..


"Ain, macam mana nak jadi cantik?" 
"apa? cantik?" 
"ye la. macam mana nak jadi cantik?" 
"What do you mean? Okay, how you describe "cantik" itself? "
Randomnyaaaaaaa.
Okay, i'm speechless. Apa yang menerjah benak fikiran aku, nak jadi cantik kena tahu dulu apa makna cantik bagi diri kau sendiri. Try tepuk dada tanya "apa makna cantik? macam mana aku describe "cantik" tu? "

Kalau pada pandangan kau bila orang cakap cantik je kau terus fikir "cantik - putih, tinggi, langsing, comel, kaki panjang, leher jinjang" tu maksud nya kau jadi fizikal sebagai ukuran kecantikan seseorang. Ada sesetengah orang, keperibadian menjadi ukuran kecantikan seseorang - cliche . Ada orang fikir cantik tu gaya, personaliti, pemakaian sesorang menampakkan dia cantik. Maksud cantik pada setiap individu berbeza dan bila makna cantik berbeza mesti cara nak jadi cantik pun berbeza. Ye dak?

Bagi aku semua orang di lahirkan cantik selagi kau sempurna fizikal takdak kekurangan cacat cela, kau kena bersyukur lah.


"Laqod kholaqnal insaana fii ahsani taqwiim"
maksudnya : "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." ( Qs. 95 : 4 ).
Bagi aku kecantikan wajah rupa paras bukan segala-galanya as long as kau punya adab tata-susila tertib akhlak terjaga. Biar rupa buruk jangan perangai macam beruk. Try bersyukur dan terima diri kau apa adanya. Nak jadi cantik senang je, aku ada satu petua selalu senyum. Kalau kau selalu senyum, tipu la takdak orang tertarik dengan senyuman kau tu. Tipu lah takdak orang turut bahagia bila nampak kau tersenyum gembira. Senyum boleh buat kau nampak cantik, periang, gembira dan yang penting awet muda gittew! :)

Kecantikan fizikal akan hilang dimamah usia tapi kecantikan akhlak kau will last forever. Cantik fizikal tak berguna jugak kalau inner beauty takdak. Macam buah epal yang nampak masak merah sedap di makan hakikatnya adalah sarang ulat. Daripada kau duk fikir duk banding-bandingkan kecantikan diri kau dengan orang lain, baik kau berusaha mencantikkan dalaman kau tu. Tapi walaupun dalam tersangat penting penampilan kau nak kena jaga jugak, jangan lah serabai sangat biarlah sentiasa nampak kemas jangan over biarlah sekadar sedap mata memandang.


"Allahumma kamaa hassanta khalqii, fahassin khuluqii."maksud: Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian (fizikal) ku, maka perindahkanlah pula akhlakku (HR. Ahmad)