Monday, 24 September 2012

Ketidakpuasanhati

Assalamualaikum...
Ketidakpuasanhati...
Sakit hati, marah, terasa hati..
Sebagai manusia yang lemah, yes perasaan tu semua fitrah manusia yang Allah SWT ciptakan. Macam biasa, kalau tak dapat kawal pasti terbabas. Then mulalah rasa tekanan, stress, pressure, termarah orang lain, buruk sangka, merajuk, membawa diri dan memendam rasa, gaduh, perang mulut.

Macam mana pun situasi, emm aku, ye aku, takpun kita, KITA iaitu diri sendiri kena pandai kawal tahap emosi agar setiap perkataan yang keluar dari mulut kita tak lukakan dan menggores perasaan orang lain. Agar segala tindakan kita tak menimbulkan ketidakpuasanhati kepada orang lain, tak buat orang lain terasa hati.

Emm, bagi aku, AKU, aku tak suka bila orang 'point' kan something kat aku.. Memang 'point' untuk bertanyakan soalan tidak salah. Kau suruh orang menyuarakan pendapat, apa yang dia rasa, apa yang dia tak puas hati dalam sesuatu event, meeting,kelas tak salah. AKU TAK PERNAH CAKAP SALAH. Tapi kau kena ingat manusia ada perasaan, katakan time kau pointkan untuk tanya something then dia tak dapat jawab, tu tak bermaksud dia bodoh, bangang, tak tahu pape, just sometimes he/she perlukan sedikit masa untuk berfikir. Please jangan gesa orang. Then kalau kau tanya apa yang dia tak puas hati depan orang ramai, dia tak cakap pape, tu bukan bermaksud dia malas nak cakap, takut nak menyuarakan pandangan, takut melontarkan suara, TIDAK tu bermaksud dia perlukan PRIVACY. Jangan la pulak kau hentam dia depan2. Itu SIOT namanya, memalukan orang menggoreskan perasaan orang. Try kau tanya dia face to face apa yang dia tak puas hati. Dalam meeting, bila kau point tanya apa dia tak puas hati, kau kena fikir, mesti orang lain akan cop 'emm mesti si polan ni yang tak puas hati dengan kelab/event/ketua selama ni', so, aku prefer round table. Bila someone tade apa yang nak cakap, kau jangan la pergi paksa dia cakap jugak, paksa diluahkan. KAU TAHU TAK DIA TATAW NAK CAKAP APE? kau faham tak?

Aku berani cakap, kalau kau, buat semua yang aku cakap kat atas tu kau dah menzalimi hak orang dan menindas golongan ini daripada bersuara gara-gara?

1. Emosi stress tidak terkawal
2. Jawatan yang “dibanggakan”
3. Senioriti
4. Orang yang dimarah seorang yang berhati lembut/tak reti marah balik
5. Suka bersangka buruk
6. Pemikiran skeptikal

Jika di dalam pekerjaan, misalnya hubungan antara doktor dan pesakit, kita boleh bersikap profesional, tetapi kita seringkali lupa untuk bersikap profesional bila berhubungan dengan manusia lain, terutamanya Allah SWT.

Mungkin dari salah faham yang sekelumit cuma menjadi nanah busuk dek sikap su’udzon (bersangka buruk) dan pemikiran skeptikal yang menguasai tindak tanduk diri seseorang.

MARAH ITU SAHABAT SYAITAN!

Marah adalah api. Syaitan laknatullah juga diperbuat daripada api. Maka orang yang pemarah sama sahaja seperti sahabat syaitan, seperti sabda Rasulullah SAW

“Kemarahan itu daripada syaitan, sedangkan syaitan tercipta daripada api, api hanya dapat padam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah” (H.R. Abud Dawud).

Tahukah kita beza sifat orang pemarah dengan orang dapat menahan kemarahannya?

Bezanya adalah iman. Sifat ketaqwaan dan beringat kepada Allah SWT adalah tembok pembeza antara hamba yang berfikir berlandaskan iman dengan nafsu.


Abu Umamah Albahili RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda : “Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan (nafsu) amarahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Nah! Di sinilah ramai di kalangan kita tewas!

Sama ada kita adalah seorang dai’e, pemimpin, suami, isteri, abang, kakak, sahabat, kawan, teman, doktor, pesakit, guru, anak murid dan sebagainya kita sering tewas dengan perasaan marah. Kita sukar mengurus perasaan amarah ini.

Cuba cek diri kita semula, bila kita sakit hati, tak suka dengan seseorang adakah kita terus memarahinya? Meng-condem-nya? Berburuk sangka dengannya? Menjauhinya? Membencinya? Menggunakan ayat keras, pedas, dan tegang untuk sengaja melukakan hatinya? Melabelnya dengan bukan-bukan, dengan labelan yang tidak disukainya?

Adakah kononnya diri kita adalah seorang yang dihormati, disegani atau pun diri kita seorang pemimpin sudah mampu layak diberi “lesen mengumpat” dengan menghebahkan keburukan-keburukan orang tersebut kepada orang lain?

Adakah keburukan-keburukan tersebut benar? Adakah orang tersebut akan suka dan bahagia bila dapat tahu tentang perbuatan kita tersebut?

Sesungguhnya, manusia yang zalim adalah tatkala meletakkan sesuatu/perkara bukan pada tempatnya.


“Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfaal 8:25).

Dan, yang paling teruk sekali apabila kita memarahi perjuangan, memarahi Allah SWT di atas kesusahan dan masalah yang menimpa diri.

MENGURUS KEMARAHAN


Manusia yang pendek akal akan menuruti nafsu amarahnya. Manusia yang beriman akan berusaha melawan nafsu amarahnya. Di sinilah pertarungan antara iman dan nafsu berlaku. Bila nafsu menang dan menguasai diri, ada hati yang perlu dikorbankan. Tapi bila iman mengawal nafsu dan akal, ada air mata keinsafan yang perlu diratapi. 

Yang pedih menanggung adalah orang yang dimarah. Walauapapun alasannya, walauapapun kesalahannya, marah yang tidak terurus bakal mungundang bencana. Di sini berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti retaknya sesuatu perhubungan dan tidak mustahil kelak proses menimbang amalannya menjadi terbantut kerana ada “hutang” yang perlu dibayar!

Remaja yang sifatnya suka memberontak dan tidak suka berfikir panjang, lebih suka memilih jalan hitam sebagai protes ketidakpuasan hatinya. Jalan raya menjadi medan merempit dan menghiburkan diri. Perempuan dan muzik menjadi candu kepada nafsu dan hati yang lara.


Bagi insan biasa, yang masih punya iman di jiwa, nafsu amarahnya cuba dikawal dan digagahinya untuk tidak diserang mana-mana hati atau pun objek. Meskipun pelbagai tekanan dalam dan luar termasuklah bisikan-bisikan syaitan, dia rela menguncikan dirinya di dalam hanyutan kesabaran. Marah yang ditahan-tahan menuntutnya agar sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepadaNya.

Akhirnya, kedamaian dan ketenangan yang dicari mengkhayalkan nafsu amarah tadi. Rasa tawadhu’ dan air mata yang bercucuran menunjukkan simbolik betapa seorang insan yang lemah itu berusaha menundukkan nafsunya kerana Allah SWT. Biarpun di luar sana, banyak mulut yang sedang mengata tentang dirinya. Dia terus bangkit tanpa menoleh ke belakang meneruskan perjalanan kehidupannya bertemankan sangkabaiknya dengan Allah SWT.

Inilah mujahadah sebenar bagi hamba yang sejati!

Jiwanya bertambah kuat dengan mujahadah sebesar ini. Dia benar-benar sedang merebut janjiNya di dalam sabda Nabi SAW :

“Siapa yang menahan dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah SWT memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat, dan siapa yang menahan marahnya, maka Allah SWT akan menghindarkan dari murkaNya pada hari kiamat.”

Akhir kata, marilah kita menahan marah dengan bersabar untuk menjadi golongan orang yang beriman sepertimana didalam surah Al-Imran ayat 200 :

” Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada allah, agar kamu beruntung“

p/s: Aku tak pernah rasa dimalukan macam ni.. salah satu sebab aku tak suka orang 'point' aku sebab aku rase orang tu nak cari kesalahan aku, bila dikalangan orang ramai dan orang yang aku kenal, aku rase macam dibogelkan dikhalayak ramai.. emmm.. time ni aku rasa nak nangis.. bukan nak nangis.. tapi memang aku akan menangis.. emmm, di saat macam ni la aku perlukan seorang ibu untuk menenangkan hati seorang anak yang gundah gulana dan hati yang lara. Sabar je la Sesungguhnya orang yang hebat adalah orang yang berjaya menundukkan nafsu dan amarahnya :)