Wednesday, 8 August 2012

Sepuluh Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya. Korang mesti dah siap beli baju raya kan? Mood raya dah datang ke belum? Lagu-lagu raya telah lama diputarkan di radio sejak minggu pertama puasa lagi. Tapi bukan persiapan raya yang patut kita utamakan, bukan persiapan raya yang patut kita dahulukan. 

Bulan Ramadhan telah hampir tiba ke penghujungnya. Ayuh sahabat-sahabat rebutlah pahala sepuluh malam terakhir. Semestinya malam Lailatul Qadar yang dicari. Di mana kemuliaan malam itu lebih baik daripada seribu bulan. Pahala amalan kita akan digandakan sama sebanyak pahala kita selama 1000 bulan!

” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Tips merebut pahala dan kelebihan sepuluh ramadhan terakhir :)

1.Luangkan masa untuk Allah.

Kadang-kadang kita online sampai ke subuh, tak tidur malam pun ada. Sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok bola. Sanggup stay up 2 3 pagi untuk habiskan movie, tengok RM (Running Man). Sekarang apa kata dikesempatan ini kita luangkan masa untuk Pencipta kita.


Bukan apa, moh le kita sama-sama mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Time ni la kita nak luangkan masa untuk Dia. Hey! untuk Dia! hehe

Banyak ibadah/aktiviti yang boleh kita lakukan: baca Quran ke, qiamulail ke dan masa ni la kita nak mintak keampunan daripada Allah. InsyaAllah, kalau ada rezeki Dia bagi kita berjumpa dengan Lailatul Qadar :)

2. I’tikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan dalam masjid untuk I’tikaf.

Orang-orang di I’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk berzikir (mengingati Allah), seperti melakukan solat tambahan, bacaan dan memahami al-Quran. I’tikaf dalam tempoh masa yang lebih pendek, seperti satu malam, sehari atau beberapa hari adalah digalakkan juga.

3. Amalkan Doa khas ini.

Aishah r.a berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku katakan semasa doa?’ Baginda berkata: “Katakanlah: Wahai Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. “(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4.Merenung makna al-Quran.

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir mereka. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.

Seelok-eloknya cuba amalkan membaca al-Quran besertakan terjemahannya sekali. Biasanya ayat-ayat memberi kesan mendalam, aku akan lekatkan pelekat warna-warni. Bila ada masalah, sedih, marah aku akan baca balik maksud-maksud yang aku tanda tu.

5. Berdoa dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah, semua dosanya yang telah lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim].


Cuba untuk membuat doa lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Kalau sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna semasa anda berdoa. Jika anda hanya biasa dengan surah yang lebih pendek, baca terjemahan dan penjelasan terlebih dahulu, dan kemudian berdoa dan hayati mesej daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.

6.Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira r.a, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan doa dalam bahasa kita sendiri, dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika anda selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat anda di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga anda.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Selamat memburu malam Lailatul Qadar dan selamat mengerjakan ibadah.. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.