Sunday, 26 August 2012

Cukup Sekadar Mencintaimu Dalam Diam


Assalamualaikum..


Hadir sebuah perasaan yang cukup mensesakkan dada
Terbitnya sebuah perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata

Terasa bagai dunia ni aku yang punya
Terbuai dalam alam fantasi yang diciptakan antara aku dan kau
Buat itu ini semua tak kena
Rasa ini hadir tanpa di undang
Rasa ini hadir kerana fitrah tanpa paksaan
Mata hati dibutakan dengan bayangan kau
Hati berbunga-bunga saat wajah kau menerpa di ingatan
Bunga-bunga cinta sedang berkembang mekar
Aku yakin ada sesuatu antara kau dan aku

Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah..

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
Dengan hanya dirimu dan Dia yang tahu

Kerana terkadang Cinta tak perlu untuk saling mengetahui
Kerana terkadang, dengan diam semua akan berjalan lebih baik dan lancar
Terhindar dari segala fitnah

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
 tanpa syarat dengan hati yang Ikhlas

Agar tak ada rasa sakit ketika ternyata dirinya tak tertakdir denganmu
Agar tak ada rasa sesal ketika rasa Cinta itu tak berbalas

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
Dengan bersabar menunggu kehendak Tuhan
Kerana hanya Dialah yang tahu siapa yang terbaik untukmu

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..

Tanpa perlu menuntut diakui dan mengakui,
tanpa perlu merasa tersakiti dan menyakiti,
tanpa perlu menunjukkan rasa lebih.

Cinta itu suci,
Cinta bukan sekadar rasa yang ada untuk sementara waktu dan mudah terganti,
Cinta bukan sekadar permainan masa remaja yang tak bererti..
Percintaan akan menjadi lengkap sekiranya berakhir di jinjang pelamin..

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..

Dan menunggu hingga saatnya tiba,
untukmu menyerahkan Cinta kepada yang kau Cintai dan mencintaimu karena-Nya
Dan sebelum saat itu tiba,
Jadikanlah Cinta itu hanya untuk-Nya seorang
Tanpa kata, hanya menunggu hati berbicara

Kerana Cinta,
Akan selalu indah jika memang itu takdirnya..

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

If you really love her, you won’t touch her
Not even the slightest bit
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it the halal way

Wednesday, 8 August 2012

Sepuluh Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya. Korang mesti dah siap beli baju raya kan? Mood raya dah datang ke belum? Lagu-lagu raya telah lama diputarkan di radio sejak minggu pertama puasa lagi. Tapi bukan persiapan raya yang patut kita utamakan, bukan persiapan raya yang patut kita dahulukan. 

Bulan Ramadhan telah hampir tiba ke penghujungnya. Ayuh sahabat-sahabat rebutlah pahala sepuluh malam terakhir. Semestinya malam Lailatul Qadar yang dicari. Di mana kemuliaan malam itu lebih baik daripada seribu bulan. Pahala amalan kita akan digandakan sama sebanyak pahala kita selama 1000 bulan!

” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Tips merebut pahala dan kelebihan sepuluh ramadhan terakhir :)

1.Luangkan masa untuk Allah.

Kadang-kadang kita online sampai ke subuh, tak tidur malam pun ada. Sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok bola. Sanggup stay up 2 3 pagi untuk habiskan movie, tengok RM (Running Man). Sekarang apa kata dikesempatan ini kita luangkan masa untuk Pencipta kita.


Bukan apa, moh le kita sama-sama mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Time ni la kita nak luangkan masa untuk Dia. Hey! untuk Dia! hehe

Banyak ibadah/aktiviti yang boleh kita lakukan: baca Quran ke, qiamulail ke dan masa ni la kita nak mintak keampunan daripada Allah. InsyaAllah, kalau ada rezeki Dia bagi kita berjumpa dengan Lailatul Qadar :)

2. I’tikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan dalam masjid untuk I’tikaf.

Orang-orang di I’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk berzikir (mengingati Allah), seperti melakukan solat tambahan, bacaan dan memahami al-Quran. I’tikaf dalam tempoh masa yang lebih pendek, seperti satu malam, sehari atau beberapa hari adalah digalakkan juga.

3. Amalkan Doa khas ini.

Aishah r.a berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku katakan semasa doa?’ Baginda berkata: “Katakanlah: Wahai Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. “(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4.Merenung makna al-Quran.

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir mereka. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.

Seelok-eloknya cuba amalkan membaca al-Quran besertakan terjemahannya sekali. Biasanya ayat-ayat memberi kesan mendalam, aku akan lekatkan pelekat warna-warni. Bila ada masalah, sedih, marah aku akan baca balik maksud-maksud yang aku tanda tu.

5. Berdoa dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah, semua dosanya yang telah lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim].


Cuba untuk membuat doa lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Kalau sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna semasa anda berdoa. Jika anda hanya biasa dengan surah yang lebih pendek, baca terjemahan dan penjelasan terlebih dahulu, dan kemudian berdoa dan hayati mesej daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.

6.Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira r.a, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan doa dalam bahasa kita sendiri, dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika anda selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat anda di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga anda.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Selamat memburu malam Lailatul Qadar dan selamat mengerjakan ibadah.. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Friday, 3 August 2012

Kembara Sahur Homeless

Assalamualaikum..

Program Ramadhan Discovery: Kembara Sahur bersama-sama Homeless di Georgetown,Penang.

Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS), Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas(UTP) serta kariah Masjid Kapitan Keling telah berjaya mengadakan satu program "Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita?"

Walaupun hanya sehari bersama Homeless sudah cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam untuk kami semua termasuklah aku. 

Kita :

"Panas la rumah ni."

"Rumah aku kecik je"

"Keras giler tilam ni"

"Tak sedapnya lauk ni"

" Teringin nak makan pizza, kfc, mcD laa"

"Nak beli baju baru ah"

"Tak cantik ah baju ni, tanak pakai ah"

"Seluar ni dah lusuh. Buang je la"

Tapi try korang tengok mereka :
Kesian giler.. Diorang takde rumah,takde keje terpaksa meminta terpaksa tido di tepi jalan.. Dah la ada anak.. Di manakah pihak yang bertanggungjawab?


Kesian nenek ni.. Sebenarnya dalam buaian tu ade baby.. sedihnya kan..


Ramai giler.. Sebenarnya bukan semua 'homeless' ni berasal dari Penang, ada jugak yang berasal dari Kedah, Selangor, Myammar.. Time bulan Ramadhan je diorang datang penang.. 


Kita jalan sikit time panas pon dah merungut sebakul. Kalau kita duk tepi jalan tengah2 panas macam ni tataw la..Diorang duduk tepi2 jalan seharian tengah2 panas.. bayangkan...kesian giler terutama nenek2 tu..
Al-Baqarah 152:

 Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.


Pengagihan Sumbangan dan Zakat Kepada Homeless :

Bantuan Makanan


Ramai giler homeless.. lebih daripada 100 sampai bantuan tak mencukupi. Ada yang mengamuk sebab tak dapat bantuan. Sebenarnya bukan kitorang tanak bagi tapi bekalan tidak mencukupi. Sesiapa yang berdaftar je dapat bantuan ni..


Bukan muslim je yang dapat bantuan, non-muslim pon kita bantu jugak :)




Surah Al Baqarah Ayat 265:

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


p/s: Bersyukur la dengan apa yang ada. Kalau dibandingkan dengan mereka yang serba kekurangan kita seribu kali lebih bertuah daripada mereka. Ada rumah, kereta, moto, makan minum pakai semua terjaga.. 

Saya Sudah Dikhitbah

Assalamualaikum..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu disambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku mampu melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku mampu mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah dan aku juga mampu bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"InsyaAllah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"InsyaAllah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabatramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


Ya...
Saya sudah dikhitbah..
Entah bila perkahwinan ini akan terjadi namun risikannya itu pasti.
Lambat atau cepat, perkahwinan ini pasti akan terjadi..
Namun, bersediakahku??

Thursday, 2 August 2012

Moist Kek Batik

Assalamualaikum..



Bahan-bahan :

250g Butter
2 cawan Milo
2 cawan Serbuk Koko @ satu bar Coklat masakan
1 tin Susu Cair @ 1/2 tin Susu Pekat Manis
2 biji telur ( tak guna pun takpa)
1 paket Biskut Marie (original)

Cara-cara:

1. Sediakan Loyang/Bekas sapukan sedikit butter (supaya kek tak melekat)

2. Cairkan butter dalam periuk/kuali atas api yang sederhana besar/medium..kalau guna coklat masakan cairkan sekali dengan butter...

3. Setelah cair masukkan susu cair/ susu pekat (kalau guna susu pekat manis kena masukkan air sikit),lepas tu masukkan milo sedikit demi sedikit gaul...

4. Seterusnya masukkan serbuk koko.. gaul tanpa henti sehingga sebati..pekat..pastikan milo dan serbuk koko tidak berketul..

5. Setelah pekat,matikan api, letakkan sedikit didalam bekas sebelum letak biskut..

6. Suka hati anda nak patah kan biskut marie kepada 2 atau 4..pastikan jangan hancur..haha..

7.Masukkan biskut marie ke dalam coklat..salutkan biskut marie tersebut..kemudia susun didalam bekas..susun lagi biskut marie dan suka hati anda jugak nak susun macam mana :)

8.Lapiskan biskut marie bahagian atas (top) dengan adunan coklat.Tekan sedikit biskut2 tersebut supaya mampat..

8. Masukkan dalam peti ais..JANGAN letak tempat atas sekali nanti beku pulak..Then sedia untuk makan.

p/s: Selamat Mencuba!