Monday, 30 July 2012

Penghapusan Umat Islam Di Rohingya,Myammar!


Assalamualaikum..




Disaat kita bergembira bergelak ketawa ada yang sedang menangis.. Disaat kita dibuai mimpi yang lena ada yang tidur dalam ketakutan..Darah-darah merah membasahi bumi Rohingya.. Kanak-kanak, wanita dan lelaki di bunuh dengan kejam, mereka di bakar hidup2, ditembak tanpa belas..Wanita diperkosa, harta benda dirampas..Hati sebak bila membaca apa yang telah menghimpit saudara2 muslim kita di Burma.. Dulu Syria, Sekarang Burma.. Pembunuhan beramai2 digelar PENGHAPUSAN UMAT ISLAM di Burma..Penghapusan umat Islam di Myanmar yang begitu terancang dan tidak mendapat pembelaan..Pembunuhan yang berlaku kepada umat Islam Rohingya seolah-olah terpinggir dan tidak di pedulikan.














Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku Islam di Burma.. Semoga mereka Syahid di jalanMu ya Allah.. Semoga roh2 saudara-saudaraku yang terkorban di tempatkan dikalangan kekasih-kekasihMu..amin..

Pembunuhan Muslim Rohingya di Myanmar..

10th June 2012: The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.


Seorang pemuda beragama Buddha berjalan pulang selepas selesai menjalankan misi. Membakar rumah dan perkampungan orang Islam di Burma dalam proses penghapusan etnik Muslim di sana.


Kerajaan Myanmar, polis dan tentera tidak mengambil apa-apa tindakan malah menyekat muslim Rohigya dari memiliki sebarang bentuk senjata, pisau dan parang dan perlu mendapat kelulusan polis untuk memiliki barang-barang tersebut.


Anda juga dapat berkongsi maklumat dan menunjukkan sokongan dan dokongan di FB page https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya
—————————————————————————————————

Kenyataan Media Bersama SHURA dan MAPIM

10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya diMyanmar sekarang ini.


Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnikRakhine.


Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeriArakan.


Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayahArakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.


Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.


Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.


Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.


Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah .


Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.


Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh,60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .


Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.


Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.


Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia di kalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.


Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.


Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.


Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA


Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM————————————————————————————————–

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand.
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat Islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat IslamRohingya.


Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).


Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.


Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.


Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, danBengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.


Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.


Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :


a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.


b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan


c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.


d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran


e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan


f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar


g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.


h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.


Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka


Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.


Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.


Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya


Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.


Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.


Pelarian Rohingya di Acheh.


Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.


Kalau bukan kita, siapa lagi ?


Kenapakah kami dilupakan ?


Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.


Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,


“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


Beberapa saranan :
Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.


Keceriaan mereka, kegembiraan kita….


Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:


“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”


Hadith riwayat Muslim.


credit: zainurrasyid.com


Gambar-gambar Pembunuhan Muslim di Rohingya KLIK SINI


p/s: Kita mungkin tidak mampu menghulurkan bantuan..Kita mungkin tidak mampu berperang bersama-sama mereka.. tapi sebagai umat Islam, kita hanya mampu bantu mereka dengan BerDOA pada Allah supaya kekejaman di sana tamat dan mereka boleh menikmati kehidupan yang aman..



Saturday, 28 July 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..

Hye korang! Alhamdulillah dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa.. 
So, how's your Ramadhan so far? Korang ade tak yang ponteng puasa huh? LELAKI jangan ponteng puasa! 

Adik-adik yang kecik2 sila la belajar puasa penuh..emm adik aku yang darjah 2 tu tengah mencuba..Ebu cakap dia berjaya puasa separuh hari je.. padahal dah besar..Terawih pulak macam mana? Jalan tak? Jangan malas2..Moh le merajinkan diri untuk solat terawih.. Puasa puasa jugak solat jaga.. Tak puasa malu, tak solat tak malu pulak aduiyai makk'aii.. Then solat terawih tapi solat fardhu??  amaigaddd..Moh le jaga solat kita..

Aku sebenarnya berharap puasa ni aku dapat khatam al-Quran..
insyaAllah..

Untuk khatam Quran sepanjang bulan puasa ni you have to read at least 20 pages  per day.. yeah! Chayok! You can do it bebeh..Tapi kalau tak boleh jangan paksa diri..Ain, kalau tak paksa diri macam mana nak khatam Quran bulan Ramadhan ni..ye dok? Ada abang senior cakap, keikhlasan lahir dari keterpaksaan.. 




Sebenarnya untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna, aku ada join event dekat UTP ni. Setiap kali Ramadhan event ni pasti akan berlangsung. Alhamdulillah aku salah seorang Committee Ramadhan Discovery. Sumpah seronok, macam-macam ada.. Community Outreach nama department aku.

Antara aktiviti department kitorang anjurkan adalah :

1) Iftar di masjid An-Nur untuk pelajar2 UTP
2) Iftar dengan international student, pelajar UTP jugak
yang paling BEST!!
3) KEMBARA SAHUR bersama-sama Homeless di Georgetown,Penang pada 4-5/8..woahh..best kot
4) IFTAR bersama-sama orang Asli di Chemor collaborate with SHAM KAMIKAZE..fullamak!! Sumpah best

Kawan2, korang nak tahu tak.. Since aku masuk UTP macam2 mende baru yang aku buat, alami, terokai..Ingat lagi tahun lepas aku pernah jugak pergi berbuka rumah orang asli, KG SUAK PADI.. Best gileer.. Perempuan masak2 dengan makcik2.. Lelaki gotong-royong.. Bila sebut orang asli mesti korang fikir sama dengan apa yang aku pernah fikir dulu.. Tak tahu nak gambarkan macam mana, but once kau dah jejakkan kaki kat kampung orang asli kau akan terkejut.. Orang asli sekarang dah tak macam dulu.. Rumah ada ASTRO kau, ada kereta, moto LC lagi tau..hahaha

Gambar-gambar di Kg SUAK PADI






p/s: Selamat Berpuasa semua.. Teruskan jihad memburu pahala di bulan yang mulia ni :D

Wednesday, 25 July 2012

Oh My Melayu!

Assalamualaikum..

Sila bertenang baca entri ni.. jangan mengamuk jangan marah..bawak2 bersabar ye..maybe tajuk dan entri ni akan buat orang melayu tak senang duduk..panas hati..niat dihati bukan ingin membangkitkan isu ke-melayu-an, racist, judgmental or what..but more to Malaysian Mentality..dalam erti kata lain typical malay..

Datuk,nenek,abah,ebu aku orang Melayu. So, sudah semestinya aku dilahirkan sebagai Melayu tulen.. Dibesarkan dalam suasana Melayu. Dikampung lagi tau. Lidah Melayu, makan makanan Melayu. Pakai baju Melayu..eh?? hahaha aku perempuan, jadi aku pakai baju kurung. Pakai kain batik ala-ala perempuan Melayu terakhir.. Aku membesar dengan cerita-cerita P.Ramlee, lagu-lagu Sudirman..hehe

Namun sekarang, negara semakin maju. Teknologi semakin mantap. Budak-budak sekarang membesar bukan dengan cerita2 P.Ramlee lagi sekarang..membesar dengan cerita Twilight weyh..hukhukhuk.. nyanyi lagu omputih.. Berpuluh2 lagu omputih cepat je hafal, bila pasang lagu lama kompom tak hafal lirik.. Aku rasa jarang budak2 sekarang stay depan Tv 24/7.. sekarang budak2 semua dok pakat main FB, Twitter, Blog,Tumblr.. haa macam2 laa..Tapi apa yang aku cuba "highlight"kan disini.. negara kita semakin maju tapi masih ada lagi orang mentality tidak berganjak masih ditangkuk lama..Kat bawah ni aku bagi contoh apa yang pernah aku dengar dan alami sendiri..

" Laju siot lori tu bawak..ni mesti India!!"
"Bawak kereta terhegeh-hegeh, lembab, berhati-hati sangat dia ni..ni mesti perempuan"
" Cina mesti tak mandi pagi"
"Gemuk gila kau..mesti kau makan banyak..Sebulan berapa kali mak kau beli beras?"

"Kau kurus tapi makan banyak..kau mem'bela' eh?"
"Diaorang (Letak Nama Kaum/Bangsa Lain Di Sini), diaorang bolehlah buat macam tu..."
"Weyh kau nak buat camtu nak jadi macam (Letak Nama Kaum/Bangsa Lain Di Sini) ke?



Macam-macam weyh..Orang Melayu cakap orang Cina, orang India macam ni la macam tu la..Tapi sebenarnya bukan orang Melayu je yang fikir macam tu.. Ada je orang Cina, India malah bangsa lain pun fikir macam tu..Semua bergantung pada mentality masing-masing..Orang Cina, India mahupun bangsa asing cakap orang Melayu ni pemalas.. Ada mamat Arab bagitahu aku "Malaysia" dalam bahasa Arab maksudnya malas. So, sesuai lah "Malas" dengan orang Malaysia.. Ada orang cakap ME"LAYU" sama dengan layu, layu tu malas.. Orang India fikir orang Cina asyik kejar duit. Orang Melayu fikir Cina suka judi, India suka mabuk.. Orang Melayu suka main bomoh, santau, susuk, bela tahyul, bela hantu raya.. Orang Amerika ingat orang Arab jahat,pengganas,orang Islam terrorist,Islam ganas..Orang Afrika jahat, suka tipu orang, blackmoney..

Siapa kat sini tak pernah dengar or alami mende macam ni? haa angkat tangan aku nak kira jap.. Aku rasa bukan aku sahaja yang membesar dengan idea-idea macam ni. Mungkin korang pernah alami tapi sama ada korang sedar atau tak..
Haishhh macam2..nak senaraikan sampai pagi esok tak siap.. Masing2 mengamalkan 'judgmental'..Macam ni la sampai kesudah..

Oh My Melayu Malaysian!


(30minit kemudian)

Tolong aku lost apa yang aku nak sampaikan.. tiba-tiba semua idea berteraburan lari.. hanya tinggal ruang-ruang kosong dalam otak aku.. idea idea datang laaa ku seru namamuuu..hohoho..owh patut lah idea lari.. dah pukul 1.00 pagi aku still tak study tak bukak slide pon lagi untuk test esok..TAHNIAH ain :)

haaa..sebenarnya aku nak cerita pasal peristiwa ni..

Rumate aku sangat-sangat la berani.. Aku kagum giler dengan dia.. Dia pakai telekung pergi jalan2 kat kedai..masuk TESCO..relax je almaklumlah baru balik terawih..hehe..haaa aku nak cakap kat sini.. Aku 99% yakin tak ramai perempuan yang akan pergi jalan2 pakai telekung..MALU katanya..aku rasa aku pon macam tu jugak..Tiba2 rumate aku buat aku terfikir sejenak..

Rumate : Aku cukup-cukup tak faham dengan orang Malaysia..perangai diorang,mentality diorang..Aku pakai telekung pergi TESCO tengok orang macam apa je.. macam nak makan aku pon ada..macam aku ni alien pon ada.. macam aku buat salah besar pon ada.. Aku pakai telekung tutup aurat, tak salah, tak membunuh..takde salah pape..Tak perlu la nak tenung dalam2 macam tu.. tengok orang dari atas ke bawah.. Kalau aku tak tutup aurat dedah sana dedah sini boleh la tengok macam tuu (okay tipu..ayat ni aku ubah suai sikit..kesah pulak aku..asalkan korang dapat point yang aku nak sampaikan disini)

Aku: Aah..betul jugak.. kalau diorang tengok orang yang freehair, dedah sana dedah sini tu macam diorang tengok kau..kompom aku rasa ramai yang tak berani nak freehair pakai seksi meksi lagi kan? bayangkan.. kau freehair tiba-tiba kau masuk kedai ke mall ke Tesco ke orang tengok kau atas bawah atas bawah.. macam kau ni alien..macam nak makan kau..mesti kau rasa terancam..rasa macam kau ni 'rusa' dikelilingi sekumpulan harimau/singa yang tunggu masa yang sesuai nak baham kau..Harimau/singa tu kelilingi kau..renung2 kau..kau takde masa dan tade tempat nak lariii...Auuuuummmm...aummmm..*oke over haha

Okayyyyyy...You get the idea??


Enjoy! Judgmental Mat Luthfi :)


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Quran 13:11

Wednesday, 18 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..



Hye everyone..:)
Kaifahalukum? ana bilkhoir..Alhamdulillah... Indahnya kalau tahu bahasa syurga..Apa khabar iman kita? Sediakah kita nak menyambut Bulan mulia ni? do you noticed that Ramadhan goes by faster and faster every year? yeah..itu la realitinya sekarangkan? Masa berlalu dengan cepat..Kini bertemu kembali..

"(Masa yang diwajibkan berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadikan pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk serta menjadi pembeza (antara yang benar dengan yang salah). (Oleh itu), sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu". Al-Baqarah: 185
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Kedatanganmu kami nantikan..didadamu penuh keberkatan dan ketika ini pintu syurga dibukakan seluas-luasnya dan pintu neraka tertutup rapat..

"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan" (riwayat al- Bukhari dan Muslim)


Pahala kami dilipatgandakan..

"Pahala anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda.Allah berfirman 'kecuali puasa.Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU" (hadis riwayat Muslim)

Dosa lalu diampunkan..

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu" ( hadis riwayat an-Nasaie)

Perisai kami dari siksaan..

"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka ( sejauh perjalanan 70 tahun" (hadis riwayat al- Bukhari)

kami perolehi dua kegembiraan..

" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"
(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)

Doa kami diperkenankan..

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir" ( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)

Syurga mengucapkan selamat datang..

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"
( hadis riwayat al Bukhari)


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Lafaz niat puasa fardhu Ramadan
Niat puasa RamadanMaksudnya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa sebulan Ramadhan 







Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Perkara-perkara MEMBATALKAN puasa 

Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam