Wednesday, 6 June 2012

Izinkan Abang Kahwin Lagi


Assalamualaikum..


"Aku terima nikahnya Nia Kamalia binti Adnan dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai" dengan sekali lafaz Nia telah sah bergelar seorang isteri kepada Muhammad Adam bin Ismail..  
Seperti baru semalam majlis akad nikahnya berlangsung dan dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Adam.. Masa berputar dengan pantas kini dia telah bergelar seorang ibu kepada seorang putera dan puteri yang telah hadir menyerikan lagi mahligai bahagia mereka.. Ainul Balqis dan Muhammad Azfar nama diberi. Putera sulungnya berumur 6 tahun dan puterinya telah genap 4 tahun.. Perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran mereka.. Walaupun permulaan episod cintanya bermula dengan perkahwinan yang dirancang oleh kedua-dua ibubapanya namun kini ternyata dia bahagia dengan pilihan kedua ibubapanya itu. Sesungguhnya ibubapa lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dan benarlah bercinta selepas kahwin lebih manis serta romantis..


“Sayang, abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Nia yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.  Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. 'Umur baru 31 tahun, muda lagi, selama ni takda pulak masalah or apa-apa penyakit.. aku salah dengar ke?' bisik hati Nia..Adakah dialog tadi hanya di dengari daripada drama TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

"Sayang, sayang dengar tak apa yang abang cakap tadi"

"Ya Allah.. bila abang ada kat sini? terperanjat Nia..Sorry Nia tak perasaan.. Abang cakap apa tadi?"

Dia memandang wajah Adam di hadapannya, kemudian tersenyum.

"Emm.. Nia, abang minta izin untuk nikah sorang lagi"

Nia kembali terkedu. Ternyata bukanlah dia tersalah dengar, jelas ayat itu keluar daripada mulut Adam, suaminya sendiri bukan drama Tv atau iklan Tv. Nia meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Dibiarkan soalan suaminya tidak terjawab bukan bermaksud untuk membiarkan suaminya tanpa jawapan. Namun dia tidak kuat untuk menjawab pertanyaan suaminya itu.

Segelas air sejuk diteguk perlahan. 'Di mana salahnya aku? kenapa abang Adam tiba-tiba meminta sesuatu yang tidak mungkin dapat diterima oleh seorang isteri? Poligami bukan mudah. Adakah aku pernah buat salah dengan abang Adam? Adakah terdapat kekurangan dalam melayan abang Adam?' bertubi-tubi persoalan menerjah benak Nia. Tanpa halangan airmatanya bercucuran. Hati isteri mana tidak terluka tidak sedih bila si suami meminta untuk berkahwin lagi? Isteri mana dengan mudah merelakan dirinya di madu? Kemudian Nia ke bilik Balqis dan Azfar. Sudah menjadi rutin hariannya, mencium putera dan puterinya sebelum dia masuk tidur. Hatinya menjadi sedikit tenang selepas menatap wajah kedua putera dan puterinya itu..

Setelah itu Nia mendapatkan suaminya. Kelihatan Adam hanya diam, membatu diri. Adam amat mengenali isterinya walaupun baru 6 tahun hidup bersama namun dia telah mengenali dan mengetahui semua perangai Nia. Jodoh yang diatur keluarga hampir 6 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Nia adalah ikon isteri solehah. Adam sendiri yang menyetujui penjodohan daripada kedua ibubapanya dan dia betul-betul menyukai Nia sejak pertama kali berjumpa Nia di sebuah toko buku.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. Memang betul dia seorang yang rajin dalam gerak kerja dakwah dan banyak ilmu islam yang dia pelajari. Walaupun begitu dia hanya manusia biasa. Mudah lupa mudah lemah. Bila bersama Qistina dia berasa lemah, terasa hadir suatu perasaan yang tidak bisa terungkap dengan kata-kata. Adam seringkali menafikan perasaannya itu kerana fikirannya menyatakan cukuplah Nia dan anak-anak saja dalam hidupnya. Adam seakan-akan berperang dengan perasaan sendiri. Hati kata lain otak kata lain. Namun hatinya tetap mengatakan bahawa apa salahnya dia mencuba. Lelaki kalau ada kemampuan boleh berkahwin empat. Lagipun Adam mampu dengan jawatan dan gajinya, dia mampu menyara dua buah keluarga. Namun, otak tetap menyangkal 'apa kurangnya Nia? Dia isteri solehah. apa yang kau nak lagi Adam? Dia dah bagi kau kebahagian selama ni?'.

“Kau mampu Adam, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga, lagipun aku nampak kau macam suka dekat si Qis tu. Just tanya persetujuan Nia je. Aku rasa Nia pasti bagi kau kahwin lain” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Nia.

“Abang Adam, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis, Qis yakin Abang Adam paling layak untuk memimpin Qis. Qis bukan tak kenal abang. Qis tahu abang baik, Qis yakin abang lah 'imam' yang Qis tunggu-tunggu selama ini ” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Sekarang dia seperti tidak betah di rumah sendiri. Nia perasan perubahan suaminya itu. ' Kenapa abang Adam berubah, tidak seperti abang Adam yang Nia kenal dulu', airmatanya sekali lagi tewas dan gugur.

Memang megambil masa untuk Nia membuat keputusan. Setiap malam dia melakukan solat  istikharah untuk mendapat pertolongan dan bimbingan Allah dalam membuat keputusan. Dia tak nak dia membuat keputusan dalam keadaan tidak stabil dan minda dikuasai nafsu. Jika nafsu menguasai binasalah diri. Lebih-lebih lagi perempuan dikurniakan satu akal dan sembilan nafsu manakala lelaki dikurniakan sembilan akal satu nafsu. Cukuplah Allah penentu segalanya. Jika semua ini betul-betul takdir daripada Allah swt dia redha dan ikhlas.

*************

“Abang , Nia setuju dengan permintaan Abang. Tapi sebelum tu, Nia nak berjumpa dengan wanita tu..boleh? ,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Adam tahu, Nia bukan seorang yang panas baran. Nia terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita kelahiran bumi kenyalang itu. Mungkin sebab sering kemana-mana dengan Qis selaku setiausahanya itu.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Nia selama 1 hari saja, boleh? Nia nak kenal dia ” pelik benar permintaan isterinya.

Apa yang Nia nak buat dengan Qis? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur kerana Nia menyetujui dengan hasratnya itu. Kalaulah isterinya itu seperti wanita lain, alamatnya perang dunia ketiga meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga pinggan mangkuk semasa dia menyuarakan hasratnya itu.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna coklat keperang-perangan.. Qis sememangnya cantik..

 “Aah..Kak Nia yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Adam.

“Percayalah Qis, Kak Nia bukan macam tu orangnya. Abang betul-betul kenal kak Nia tu, dia baik, solehah beragama tak mungkin dia buat macam tu,” Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Adakah adegan tarik-tarik rambut akan terjadi? Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku..Kau tak kenal lagi aku, ni Qistina la siapa tak kenal. Kalau setakat nak tarik-tarik rambut aku boleh menang la. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindui kehadiran Qistina dipejabatnya itu . Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Nia. Kadang-kadang timbul jugak rasa hairan kenapa Qistina menghilangkan diri selepas berjumpa dengan Nia.Sedangkan dia diminta oleh Nia bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Nia serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Muhammad Adam yang dulu. Muhammad Adam anak Imam Kampung Seputih. Muhammad Adam yang asyik dengan berzanji. Muhammad Adam yang selalu sibuk dengan gerak kerja islamnya.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Hatinya tertanya-tanya macam mana dia boleh lalai. Hanyut dan hampir lemas dalam ombak dunia.


" Maka apakah kamu beriman terhadap sebahagian kitab dan kamu kufur pula pada sebahagian yang lain? Maka tiada balasan terhadap orang yang berbuat demikian dikalangan kamu melainkan kehinaan di dalam kehidupan dunia dan di hari kiamat nanti akan ditolak ke dalam azab yang pedih. Dan ingatlah Allah SWT tidak lalai daripada apa-apa yang kamu kerjakan."
Surah Al- Baqarah :85


" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas terhadap kamu. -Surah Al-Baqarah :208.
Nia menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Nia.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madunya.Nia mengambil keputusan untuk menjenguk kampung halaman. Nia membawa anak-anak dengan alasan nenek dan datuk merindui cucu-cucu mereka. Adam pula sibuk dengan kerja di pejabat.

Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Nia. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Muhammad Adam, Suami yang tersayang…

Adam diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Assalamualaikum abang Adam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Sebelum itu Nia minta maaf, Nia lupa nak cakap dekat abang Nia ke rumah emak sebab anak-anak rindu dengan atuk dan nenek mereka..

Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Nia jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Nia seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Nia kemukakan penilaian Nia. Nia harap abang terima pandangan Nia ini..

01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Nia dan Nia tak mampu tandingi dia. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman dan up-to-date. Nia tengok Qis seorang yang amat menjaga penampilannya. Tapi, Nia sayangkan Abang. Nia tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Tapi Nia tahu, mungkin selepas dia bergelar isteri abang, abang akan mendidiknya.. Abang, ketahuilah Nia sayangkan Abang…
02.Nia ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Nia sayangkan Abang. Nia tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Nia kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Nia masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, lepas je makan abang sakit perut dan bila sampai rumah abang minta Nia masakkan nasi goreng untuk abang. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita.  Kalau memang abang ingin meneruskan hasrat hati abang, lebih baik abang menyuruh Qis belajar memasak bukan Nia cakap dia tidak pandai memasak tapi seelok-eloknya dia belajar masak masakan kampung.
03.Nia ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Nia minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Nia harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung.. Macam mana dengan anak-anak nanti.. 

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Nia. Kalau diungkap satu persatu, Nia tak terdaya. Nia sedar Qis juga manusia biasa mungkin banyak kekurangan, namun semua penilaian Nia terhadap Qis tidak lain tidak bukan untuk memuaskan hati Nia untuk memastikan abang dapat calon yang semestinya lebih baik daripada Nia.. Nia harap abang lebih memahaminya dan Nia buat semua ni sebab Nia sayangkan abang Adam. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Nia mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Nia tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang…Dan kemungkinan Nia tidak dapat menghadirkan diri di majlis pernikahan abang kerana Nia dan anak-anak akan tinggal beberapa hari dirumah mak.

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Nia… Nia sayangkan Abang. Jika Abang merasakan Nia adalah isteri yang hebat untuk Abang jemputlah Nia di rumah emak..Nia pasti menunggu abang..Nia dan anak-anak akan sentiasa menyayangi abang..Salam..

Salam sayang, Nia Kamalia binti Adnan.