Sunday, 17 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj

Assalamualaikum..

17 Jun 2012
bersamaan 27 Rejab 1433

Aku rasa salah satu peristiwa penting yang WAJIB umat Islam tahu berlaku pada 27 Rejab (kalendar hijrah). Sapa ingat peristiwa apa? emm..peristiwa ini berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah dari Makkah ke Madinah dan juga selepas Nabi Muhammad kehilangan kedua orang paling penting dalam hidupnya iaitu isterinya,Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Israk Mikraj, inilah peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad saw. Dan untuk pengetahuan anda semua Israk mikraj mengisahkan perjalanan Nabi Muhammad saw bersama-sama malaikat Jibril dan Mikail naik ke langit untuk menerima perintah Allah.

Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq (kilat cahaya) bersama Malaikat Jibrail. Buraq merupakan makhluk tunggangan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis. selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang.
Aku telah dibawa oleh seekor Buraq,seekor haiwan berkulit putih dan panjang,lebih besar daripada keldai tapi kecil sedikit daripada baghal. Setiap langkahnya bersamaan dengan sejauh mata memandang.(Riwayat Shahih Bukhari)
Kemudian dari Masjidil Aqsa, nabi s.a.w. diMikrajkan dengan menjelajahi tujuh lapis langit hingga sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa.  Sebelum dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama Malaikat Jibrail dan roh anbiya'yang Allah berkati sekelilingnya.Dalam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Di sana Nabi s.a.w. berdialog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk nabi sampaikan pada umatnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menceritakan hal ini, antaranya :

Nabi s.a.w. menemui suatu kaum yang bercucuk tanam menuai hasilnya pada hari yang sama . Ini menggambarkan mereka yang berjihad pada jalan Allah, diperggandakan suatu kebajikan hingga 700 kali ganda.

Nabi s.a.w. melihat suatu kaum yang menghempapkan kepala mereka dengan batu besar dan sehingga kepala pecah dan ia pulih seperti sediakala. Mereka melakukan tanpa rasa penat. Inilah gambaran orang didunia malas dan berat kepalanya untuk menunaikan solat.

Ada kaum yang perut besar seperti rumah. Setiap kali mereka cuba bangun, mereka terjatuh. Ini adalah gambaran orang yang memakan riba. Ada kaum yang mengunting-guntingkan lidahnya, dan setiap kali lidahnya putus, kembali pulih semula . Ini gambaran ahli pidato yang membawa fitnah.


Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail. Ini jelas menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T. kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah S.W.T.

Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat-tempat tersebut.Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar.

Bermula daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita kerjakan sehingga hari ini.

Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya.


Firman Allah S.W.T.:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).


PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS ISRAK MIKRAJ

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1.
Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2.
Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8.
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10.
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


kepada para sahabat dan kenalan
Salam Israk Mikraj 
daripada cik aienzawawi :)






Sunday, 10 June 2012

MAKEWEEKEND UTP!

Assalamualaikum..
Hye everyone! Have a nice day!
MakeweekendUTP?? What is makeweekend??



Always wanted to work on a really cool project?

Have an idea? Stop talking about it at teh tarik sessions with the friends. Join a Makeweekend to rapidly build lofty ideas into solid realities.

Makeweekends are intensive programmes designed to help people make “first steps” in building cool projects, social enterprises, and new lines of business by bringing together people from design, business, and programming backgrounds. Over the weekend, interdisciplinary teams including students and professionals work together on concepts and hash your ideas out into working prototypes.

The programme is the idea environment for people to take the crucial first steps in building their enterprise by starting with quickly building a product (or service) and planning it its future growth in an action-oriented atmosphere.


Makeweekend is a kind if practice demo ahead of the final demos at the end of the weekend. All of the teams have built something and their prototypes are quite far ahead.

Above is a team working on an interesting project to make any surface a writing surface using digital laser projection. Have you seen laser-projected keyboards? This is a much cooler application of that technology.

Of course, wild ideas are encouraged at Makeweekend. The team below has been working on ways to attach parachutes to airplanes to reduce the likelihood of a crash.


TAK FAHAM??

Meh nak ceritakan dalam bahasa ibunda..Makeweekend salah satu alternatif or satu project yang membolehkan manusia-manusia creative dan innovative  merealisasikan impian dia..contoh: korang rasa tak masuk akal la korang nak buat something new..contoh nak buat lappy yang paling superb..kalau kena air tak rosak..so korang buat satu prototype untuk idea korang tu..So makeweekend amat mengalu-alukan orang seperti anda..Alhamdulillah UTP diberi peluang untuk menjadi tuan rumah untuk makeweekend di Perak..so siapa yang sekitar Perak nak mewakili Universiti masing2 bolehlah daftar secara online..JOM! TAK RUGI! FREE ADMISSION! MAKANAN FREE! 

1. State innovation award (winning group gets a trip to KL for the Anugerah C1PTA and stands a chance to be recognized by the prime minister)

2. Best prototype award
3. People's choice award


 Makeweekend Registration Form

Makeweekend's FB Page

MAKEWEEKEND SEBELUM NI







Wednesday, 6 June 2012

Izinkan Abang Kahwin Lagi


Assalamualaikum..


"Aku terima nikahnya Nia Kamalia binti Adnan dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai" dengan sekali lafaz Nia telah sah bergelar seorang isteri kepada Muhammad Adam bin Ismail..  
Seperti baru semalam majlis akad nikahnya berlangsung dan dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Adam.. Masa berputar dengan pantas kini dia telah bergelar seorang ibu kepada seorang putera dan puteri yang telah hadir menyerikan lagi mahligai bahagia mereka.. Ainul Balqis dan Muhammad Azfar nama diberi. Putera sulungnya berumur 6 tahun dan puterinya telah genap 4 tahun.. Perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran mereka.. Walaupun permulaan episod cintanya bermula dengan perkahwinan yang dirancang oleh kedua-dua ibubapanya namun kini ternyata dia bahagia dengan pilihan kedua ibubapanya itu. Sesungguhnya ibubapa lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dan benarlah bercinta selepas kahwin lebih manis serta romantis..


“Sayang, abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Nia yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.  Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. 'Umur baru 31 tahun, muda lagi, selama ni takda pulak masalah or apa-apa penyakit.. aku salah dengar ke?' bisik hati Nia..Adakah dialog tadi hanya di dengari daripada drama TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.

"Sayang, sayang dengar tak apa yang abang cakap tadi"

"Ya Allah.. bila abang ada kat sini? terperanjat Nia..Sorry Nia tak perasaan.. Abang cakap apa tadi?"

Dia memandang wajah Adam di hadapannya, kemudian tersenyum.

"Emm.. Nia, abang minta izin untuk nikah sorang lagi"

Nia kembali terkedu. Ternyata bukanlah dia tersalah dengar, jelas ayat itu keluar daripada mulut Adam, suaminya sendiri bukan drama Tv atau iklan Tv. Nia meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Dibiarkan soalan suaminya tidak terjawab bukan bermaksud untuk membiarkan suaminya tanpa jawapan. Namun dia tidak kuat untuk menjawab pertanyaan suaminya itu.

Segelas air sejuk diteguk perlahan. 'Di mana salahnya aku? kenapa abang Adam tiba-tiba meminta sesuatu yang tidak mungkin dapat diterima oleh seorang isteri? Poligami bukan mudah. Adakah aku pernah buat salah dengan abang Adam? Adakah terdapat kekurangan dalam melayan abang Adam?' bertubi-tubi persoalan menerjah benak Nia. Tanpa halangan airmatanya bercucuran. Hati isteri mana tidak terluka tidak sedih bila si suami meminta untuk berkahwin lagi? Isteri mana dengan mudah merelakan dirinya di madu? Kemudian Nia ke bilik Balqis dan Azfar. Sudah menjadi rutin hariannya, mencium putera dan puterinya sebelum dia masuk tidur. Hatinya menjadi sedikit tenang selepas menatap wajah kedua putera dan puterinya itu..

Setelah itu Nia mendapatkan suaminya. Kelihatan Adam hanya diam, membatu diri. Adam amat mengenali isterinya walaupun baru 6 tahun hidup bersama namun dia telah mengenali dan mengetahui semua perangai Nia. Jodoh yang diatur keluarga hampir 6 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Nia adalah ikon isteri solehah. Adam sendiri yang menyetujui penjodohan daripada kedua ibubapanya dan dia betul-betul menyukai Nia sejak pertama kali berjumpa Nia di sebuah toko buku.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. Memang betul dia seorang yang rajin dalam gerak kerja dakwah dan banyak ilmu islam yang dia pelajari. Walaupun begitu dia hanya manusia biasa. Mudah lupa mudah lemah. Bila bersama Qistina dia berasa lemah, terasa hadir suatu perasaan yang tidak bisa terungkap dengan kata-kata. Adam seringkali menafikan perasaannya itu kerana fikirannya menyatakan cukuplah Nia dan anak-anak saja dalam hidupnya. Adam seakan-akan berperang dengan perasaan sendiri. Hati kata lain otak kata lain. Namun hatinya tetap mengatakan bahawa apa salahnya dia mencuba. Lelaki kalau ada kemampuan boleh berkahwin empat. Lagipun Adam mampu dengan jawatan dan gajinya, dia mampu menyara dua buah keluarga. Namun, otak tetap menyangkal 'apa kurangnya Nia? Dia isteri solehah. apa yang kau nak lagi Adam? Dia dah bagi kau kebahagian selama ni?'.

“Kau mampu Adam, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga, lagipun aku nampak kau macam suka dekat si Qis tu. Just tanya persetujuan Nia je. Aku rasa Nia pasti bagi kau kahwin lain” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Nia.

“Abang Adam, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis, Qis yakin Abang Adam paling layak untuk memimpin Qis. Qis bukan tak kenal abang. Qis tahu abang baik, Qis yakin abang lah 'imam' yang Qis tunggu-tunggu selama ini ” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Sekarang dia seperti tidak betah di rumah sendiri. Nia perasan perubahan suaminya itu. ' Kenapa abang Adam berubah, tidak seperti abang Adam yang Nia kenal dulu', airmatanya sekali lagi tewas dan gugur.

Memang megambil masa untuk Nia membuat keputusan. Setiap malam dia melakukan solat  istikharah untuk mendapat pertolongan dan bimbingan Allah dalam membuat keputusan. Dia tak nak dia membuat keputusan dalam keadaan tidak stabil dan minda dikuasai nafsu. Jika nafsu menguasai binasalah diri. Lebih-lebih lagi perempuan dikurniakan satu akal dan sembilan nafsu manakala lelaki dikurniakan sembilan akal satu nafsu. Cukuplah Allah penentu segalanya. Jika semua ini betul-betul takdir daripada Allah swt dia redha dan ikhlas.

*************

“Abang , Nia setuju dengan permintaan Abang. Tapi sebelum tu, Nia nak berjumpa dengan wanita tu..boleh? ,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Adam tahu, Nia bukan seorang yang panas baran. Nia terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita kelahiran bumi kenyalang itu. Mungkin sebab sering kemana-mana dengan Qis selaku setiausahanya itu.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Nia selama 1 hari saja, boleh? Nia nak kenal dia ” pelik benar permintaan isterinya.

Apa yang Nia nak buat dengan Qis? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur kerana Nia menyetujui dengan hasratnya itu. Kalaulah isterinya itu seperti wanita lain, alamatnya perang dunia ketiga meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga pinggan mangkuk semasa dia menyuarakan hasratnya itu.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna coklat keperang-perangan.. Qis sememangnya cantik..

 “Aah..Kak Nia yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Adam.

“Percayalah Qis, Kak Nia bukan macam tu orangnya. Abang betul-betul kenal kak Nia tu, dia baik, solehah beragama tak mungkin dia buat macam tu,” Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Adakah adegan tarik-tarik rambut akan terjadi? Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku..Kau tak kenal lagi aku, ni Qistina la siapa tak kenal. Kalau setakat nak tarik-tarik rambut aku boleh menang la. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindui kehadiran Qistina dipejabatnya itu . Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Nia. Kadang-kadang timbul jugak rasa hairan kenapa Qistina menghilangkan diri selepas berjumpa dengan Nia.Sedangkan dia diminta oleh Nia bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Nia serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Muhammad Adam yang dulu. Muhammad Adam anak Imam Kampung Seputih. Muhammad Adam yang asyik dengan berzanji. Muhammad Adam yang selalu sibuk dengan gerak kerja islamnya.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Hatinya tertanya-tanya macam mana dia boleh lalai. Hanyut dan hampir lemas dalam ombak dunia.


" Maka apakah kamu beriman terhadap sebahagian kitab dan kamu kufur pula pada sebahagian yang lain? Maka tiada balasan terhadap orang yang berbuat demikian dikalangan kamu melainkan kehinaan di dalam kehidupan dunia dan di hari kiamat nanti akan ditolak ke dalam azab yang pedih. Dan ingatlah Allah SWT tidak lalai daripada apa-apa yang kamu kerjakan."
Surah Al- Baqarah :85


" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas terhadap kamu. -Surah Al-Baqarah :208.
Nia menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Nia.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madunya.Nia mengambil keputusan untuk menjenguk kampung halaman. Nia membawa anak-anak dengan alasan nenek dan datuk merindui cucu-cucu mereka. Adam pula sibuk dengan kerja di pejabat.

Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Nia. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Muhammad Adam, Suami yang tersayang…

Adam diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Assalamualaikum abang Adam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Sebelum itu Nia minta maaf, Nia lupa nak cakap dekat abang Nia ke rumah emak sebab anak-anak rindu dengan atuk dan nenek mereka..

Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Nia jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Nia seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Nia kemukakan penilaian Nia. Nia harap abang terima pandangan Nia ini..

01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Nia dan Nia tak mampu tandingi dia. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman dan up-to-date. Nia tengok Qis seorang yang amat menjaga penampilannya. Tapi, Nia sayangkan Abang. Nia tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Tapi Nia tahu, mungkin selepas dia bergelar isteri abang, abang akan mendidiknya.. Abang, ketahuilah Nia sayangkan Abang…
02.Nia ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Nia sayangkan Abang. Nia tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Nia kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Nia masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, lepas je makan abang sakit perut dan bila sampai rumah abang minta Nia masakkan nasi goreng untuk abang. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita.  Kalau memang abang ingin meneruskan hasrat hati abang, lebih baik abang menyuruh Qis belajar memasak bukan Nia cakap dia tidak pandai memasak tapi seelok-eloknya dia belajar masak masakan kampung.
03.Nia ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Nia minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Nia harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung.. Macam mana dengan anak-anak nanti.. 

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Nia. Kalau diungkap satu persatu, Nia tak terdaya. Nia sedar Qis juga manusia biasa mungkin banyak kekurangan, namun semua penilaian Nia terhadap Qis tidak lain tidak bukan untuk memuaskan hati Nia untuk memastikan abang dapat calon yang semestinya lebih baik daripada Nia.. Nia harap abang lebih memahaminya dan Nia buat semua ni sebab Nia sayangkan abang Adam. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Nia mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Nia tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang…Dan kemungkinan Nia tidak dapat menghadirkan diri di majlis pernikahan abang kerana Nia dan anak-anak akan tinggal beberapa hari dirumah mak.

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Nia… Nia sayangkan Abang. Jika Abang merasakan Nia adalah isteri yang hebat untuk Abang jemputlah Nia di rumah emak..Nia pasti menunggu abang..Nia dan anak-anak akan sentiasa menyayangi abang..Salam..

Salam sayang, Nia Kamalia binti Adnan.

Friday, 1 June 2012

Akta Keterangan(Pindaan) 2012

Assalamualaikum..

1JUN2012

Maka dengan rasminya berkuatkuasalah AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012
di Malaysia ku tercinta. Kenapa wujudnya akta keterangan(pindaan) ni?? Well,before jawab soalan ni acu try test angkat tangan siapa kat sini TAKDAK FB TWITTER BLOG??
Emm..aku HAMPIR semua orang ada Twitter Fb Blog even adik aku yang darjah satu..opss tahun ni dah darjah dua pun dah ada fb tau.. Maka dengan WUJUDnya twitter blog fb..ramailah yang menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang untuk mengutarakan pendapat..membahas..membincangkan topik2 hangat di fb twitter blog..dengan adanya segala kemudahan and media massa ni lah cerita2 isu2 semasa berita cepat tersebar..

Dengan adanya AKTA KETERANGAN(Pindaan) katanya dapat menjadikan RAKYAT LEBiH BERTANGGUNGJAWAB diatas segala tindakan mereka diatas talian..katanya laaa. Katanya lagi,akta ini menetapkan pengguna2 Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar/disebarkan/broadcast/share ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka(fon/lappy).

CONTOHNYA:pengguna menghantar komen pada blog anda, Fb anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda,meminjam fon atau lappy maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Katanya lagi kalau seseorang memulakan Fb, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama or gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.. Emm..tataw nak komen apa..Lepas ni semua kena jadi sopan je..taley kutuk2 taley komen banyak2 pasal Government taley komen pasal politik lagi..Kalau nak buat akaun PARODY tu fikir-fikirlah nasib orang tu..kena jadi serius taley main2 dah..jangan hack2 kawan2 lagi ye..