Friday, 27 April 2012

Redha Allah terletak pada redha ibubapa

Assalamualaikum..


"Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah memberi ruang dan peluang untuk aku kembali kepadaMu..Tunjukkanlah jalan yang lurus pada hambamu ini ya Allah"

Ringtone 'Padamu ku bersujud' memecah kesunyian suasana kamar Nia..

"Assalamualaikum..Nia, awak free tak weekend ni?"

"Waalaikumussalam.. ya kak, insyaAllah free je.. kenapa kak?"

" Akak nak ajak Nia keluar, akak nak ajak temankan akak..bolehkan? nanti akak jemput Nia.. Pukul 10 pagi ye dik."

"owh.. okay.. insyaAllah.. boleh saya tahu kita nak ke mana?"

" Ish, mana boleh.. rahsia la dik.. nanti akak roger adik balik ya? Bye dik, sorry ganggu..Assalamualaikum"

" ala akak ni..ye la..waalaikumussalam"

Keluar bilik nampak kelibat ibu didapur.. Biasalah mesti sedang menyiapkan sarapan untuk abah dan adik-adik. Ibu seorang wanita tegar, tak pernah mengeluh dan dialah idola aku..

"Pagi ibu..boleh kaklong tolong? kaklong tolong bancuhkan air ya?"

"Emm.. kaklong tak ada kelas ke pagi ni?"

"Takda ibu.. entah lecturer tengah cuti..medical leave katanya"

"Owh..baguslah.. kaklong..semalam abah cakap nak ada hal nak bincang dengan kaklong.. nanti tanya abah ye?"

" huh? hal apa ibu? emm..okay.."

Selesai sarapan dengan adik-adik.. Suasana dalam rumah ni dah bertukar mode kepada mode senyap.. mana tak nya adik-adik dah pergi sekolah..

"Kaklong..sini jap.."

"Ya abah..okay sekejap ye"

Hati aku berdebar-debar. Kenapa agaknya abah panggil, macam serius je.. aku ni dari dulu memang takut kalau abah panggil..Takut kena marah..Sekali abah tinggikan suara memang menangislah aku..

 Abah seorang lelaki yang gagah, gigih mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga, penyayang, seorang yang kelakar dan seorang yang tegas..

"Kaklong..umur kaklong dah 23 tahun kan? Macam tak percaya abah rasa baru semalam kaklong masuk tadika.. sekarang dah besar panjang.. dah masuk universiti pun dan dah nak tamatkan pengajian pun..Kaklong, abah nampak kaklong banyak berubah sekarang.. sejuk mata memandang.. Abah harap kaklong jadi anak yang solehah.. Kaklong dah tak macam dulu, abah tengok cara pemakaian, sikap kaklong banyak berubah.. Ada apa-apa ke ni?"

"emm.. kenapa abah ni? touching la kaklong macam ni..hehe.. emm..alhamdulillah..mana ada pape la abah.. kaklong just nak jadi anak yang solehah, mendekatkan diri kepadaNya dan berbakti kat abah dan ibu je..lagipun kaklong dah besarkan..lebih matang sikit..ye dok? hehe "

"amboi..matang la sangat..abah tengok asyik gaduh dengan adik-adik je..emm..kaklong, minggu lepas Uncle Ismail ada datang rumah kita.. Dia cakap ada terjumpa kaklong dekat kedai buku.."

"tu gaduh manja je abah..owh uncle Ismail eh? mula-mula kaklong tak perasaan sebab time tu kaklong tengah cari buku.. uncle tegur.. borak-borak sikit.. Time tu uncle dengan siapa entah "

"tu la anak uncle Nia..Adam, ala takkan la tak kenal..dulu selalu je Adam datang sini..main-main dengan Nia kan? takkan tak ingat kot? sebenarnya abah nak bincang sikit dengan Nia.. Uncle Ismail dan keluarga dia rancang nak datang rumah kita minggu depan.. nak merisik kaklong"

"hukhukhuk..*tersedak* huh? merisik? merisik kaklong? main-main lah abah ni.."

"ye la..betul la merisik kaklong..takkan la merisik Ayuni yang baru form 3 tu..kaklong ni.. kaklong rasa macam mana? okay tak kalau diorang datang merisik ? or kaklong dah ada calon sendiri? "

"kaklong tak tahu..abah, kaklong baru umur 23 laa..kaklong tak pernah terfikir pun pasal ni.. abah, kaklong busy study je mana sempat nak cari calon..kaklong ingat nak kerja dulu baru nak fikir semua tu.."

"tapi lambat laun kaklong kena decide jugak..umur kaklong bukan semakin menurun semakin menaik..kak long fikir dulu ye..abah takkan paksa kaklong.."

"emm..kalau macam tu kaklong serahkan semuanya pada abah dan ibu..apa yang abah dan ibu rasa baik,baik lah untuk kaklong.."

*******

Nia merenung awan seperti pandangannya mampu menembusi awan biru..Nia asyik teringat kata-kata abah hari tu..Nia rasa terlalu awal untuk dijodohkan, dia still nak mendalami islam.. Dia rasa banyak lagi ilmu islam dia tak belajar..Tak bersedia untuk bergelar seorang isteri.. Kahwin bukan perkara main-main.. Kahwin bukan perkara yang senang.. Tanggungjawab semakin besar selepas kahwin.. 

Ping...ping... *bunyi hon kereta*

"Assalamualaikum.. amboi cik adik manis, mengelamun jauh nampak..fikir calon suami ke? hehehe Nia, dah lama tunggu? sorry akak ada hal tadi"

"waalaikumussalam..Nia menikmati keindahan alam la kak..akak kita nak kemana ni?"

"Amboi menikmati keindahan alam ye..eleh, ye la tu..emm..ada la..akak ada surprise..hehe"

Senyuman kak Hanis jelas tergambar pada riak wajahnya, gembiranya akak.. Kak Hanis, kakak senior yang berjaya membuat aku jatuh cinta dengan Islam.. Memang sebelum ni aku beragama Islam.. Tapi aku tidak mengenali Islam sebenarnya..Hingga satu hari di universiti, aku dipertemukan dengan seorang kakak usrah.. First time join usrah bermula foundation hinggalah sekarang.. Seorang gadis bertudung labuh, baik budi pekertinya, cantik,ayu dan manis sekali..Aku cukup tertarik padanya.. Cantiknya ciptaan Allah.. Aku tak nak terus hanyut dek arus dunia.. Aku nak berubah, berubah menjadi lebih baik.. Hidup nak dapat redha Allah.. Nak kecapi syurga..insyaAllah..
Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci . Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Al-baqarah ayat 216-
Kira-kira 30 minit perjalanan tiba-tiba kereta kak Hanis berhenti di perkarangan sebuah rumah banglo yang sederhana besar.. Papan tanda tertulis "Rumah Bakti Taman Raudhah ".Tanpa sedar terukir senyuman di bibir Nia.. Rumah bakti.. Ni lah  tempat yang selama ni Nia teringin menjejakkan kakinya.. Melihat dan membantu masyarakat yang kesusahan.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

"Kak..thanks..akak, Nia memang dah lama teringin datang ke tempat-tempat macam ni kak.."

" Akak tahu sebab tu la akak cakap 'surprise' tadi.. Jom kita masuk..Sebenarnya ahli-ahli usrah Ikhwan ada menganjurkan satu program bakti di sini dan akak salah satu komiti untuk program ni.. so, akak ajak Nia untuk membantu kami di sini..emm..Muslimin gotong-royong bersihkan halaman rumah..Muslimat kemas rumah dan masak.. Nia pandai masak kan? "

"Oh..okay..dengan senang hati kak..terima kasih ajak Nia kak..eh haruslah pandai masak.. anak perempuan..mesti pandai masak..kalau tak..tak boleh kahwin lah Nia kak"

"amboi..Nia ni memang suka berseloroh.. or Nia memang dah nak kahwin ni? ada calon ke? nanti jemput la akak makan nasi minyak ye..hehe "

"eh takda la kak..jom masuk..nak masak..hehe"

"tukar topik nampak..hehe..jom"

Muslimin sudah selesai gotong-royong, muslimat pula dah siap memasak.. Sekarang mereka bersama-sama menyuapkan makanan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik penghuni tetap rumah bakti tersebut.. Nia difahamkan kebanyakan pakcik dan makcik yang menjadi penghuni rumah bakti kerana hidup sebatang kara.. Sedih kisah hidup mereka.. Tanpa sedar Nia menitiskan air mata..

Dari jauh Adam memerhatikan Nia.. Hati Adam terpaut.. Hatinya mula terpaut sejak berjumpa dengan di kedai buku hari tu.. Seorang gadis bertudung labuh, ayu berbaju kurung sedang tekun membelek-belek dan mencari buku.. Bukan novel cintan cintun tapi buku agama.. Gadis itu berjaya mencuri hati Adam.. Tanpa diduga gadis itu adalah Nia.. kawan sepermainannya dulu..

'Ya Allah, andai dia jodohku, temukan hatiku dengan hatinya ya Allah.. jadikanlah dia sebagai zaujahku ya Allah.. Ya Allah, kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk' bisik hati Adam..

Nia merasakan dirinya diperhatikan.. Alangkah terkejutnya melihat kelibat Adam.. Adam sedang tersenyum.. 

'Ya Allah, apa yang Adam buat dekat sini' hati Nia berbisik.

"Assalamualaikum Nia, awak peserta program bakti jugak ke?"

"Waalaikumussalam..aah.. Awak buat apa kat sini?"

"Saya komiti untuk program ni..emm..takpa lah Nia, sambung kerja awak.. nanti jumpa lagi..insyaAllah..Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Perbualan yang amat singkat.. Sebenarnya bukan perbualan tapi hanya bertegur sapa.. Adam sepertinya amat menjaga batas pergaulan.. Ye la, mereka faham untuk menjaga batas dan ikhtilat mereka..

"Minggu depan keluarga Adam nak datang merisik" tiba-tiba kata-kata abah kembali menerjah fikiran Nia..Tengok gaya Adam berbeza dengan Adam yang dia pernah kenal dulu.. Adam dulunya seorang yang nakal, suka mengusik dan menyakat Nia.. Sekarang Adam nampak lain, seorang pemuda yang tampan, baik dan alim..ye alim.. Nia suka tengok Adam.. Bagai ada satu perasaan yang dia sendiri tak bisa merungkaikan dengan kata-kata..Hanya Allah yang tahu perasaan Nia..

"Ya Allah adakah dia bakal imamku.. ya Allah jodohkan aku dengan seseorang yang boleh memimpin aku ke syurgaMu ya Allah.. Andai dia takdirku, dia jodohku peliharalah hubungan kami ya Allah"

**********

Terasa seperti baru semalam Nia berbual dengan abah..Seminggu telah berlalu, masa berlalu dengan pantas.. Hati Nia semakin berdebar-debar..
Dikejutkan lagi bila mendapat tahu hari ini keluarga Adam bukan datang merisik saja tetapi berhasrat untuk meminang..Sebulan selepas itu ibu, abah dan keluarga Adam merancang untuk mengadakan walimatul urus..Nia telah menyerahkan segalanya kepada abah dan ibu..Kerana Nia percaya redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Itulah yang menjadi prinsip hidup Nia.. Lagipun Nia telah melakukan solat istikarah untuk meminta petunjuk Allah.. berharap Allah membantunya untuk membuat keputusan yang terbaik disisi Allah,insyaAllah.. Dia telah membuat keputusan menyetujui penjodohannya dengan Adam..

"Alhamdulillah, kami sebagai kedua-dua ibubapa Nia dan dengan persetujuan Nia kami terima pinangan Adam..Jemputlah pihak Adam untuk menyarungkan cincin dibilik Nia.."

Sepotong ayat yang membuat Nia menangis didalam bilik.. Nia tidak pasti apakah perasaan dia sebenarnya, dia benar-benar sedih ataupun gembira.. Ibu dan auntie Ramlah masuk kedalam bilik Nia membawa sebentuk cincin..

"Sebelum cincin ini disarungkan dijari Nia..Adam suruh Nia membaca sepucuk surat yang ditulisnya.."

Assalamualaikum Nia,
izinkan saya meminang awak...
mungkin saya tidak dapat melafazkan didepan awak
tapi insyaallah jika Allah izinkan telinga enti mendengar kata-kata ini,
hati ini telah bersedia untuk meminangmu...


Nia,izinkan saya meminang awak,
dimata saya awak cukup indah,
indah yang menjadikan hati saya tenang..
saya tak kan menyamakan awak dengan saidina khadijah
yang begitu sempurna dihati Rasulullah
dan saya juga takkan memaksa awak menjadi ainul mardhiah


Nia izinkan saya meminang awak
Nia, maukah awak jadikan saya sebagai imam awak kelak
Nia, izinkan saya untuk menyempurnakan tulang rusuk saya
Nia, hiasi agama saya dengan iman awak
Nia, katakan ya pada pinangan saya


Nia, izinkan saya meminang awak..

Kalau awak setuju sarungkanlah cincin itu dijari manis awak.. semoga Allah merahmati hubungan yang bakal kita bina..insyaAllah..

Nia tersenyum, airmata terus meluncur laju dipipinya..Cincin selamat disarungkan ke jari manis Nia.. Nia dipeluk dan pipinya dicium oleh auntie Ramlah..Tidak dapat digambarkan suasana didalam bilik itu..


"Nia, makcik nak sangat Nia jadi menantu makcik.. Makcik harap Nia dapat terima Adam seadanya."

"InsyaAllah, terima kasih makcik.."

********

Masa berlalu amat pantas..Minggu depan Nia akan menghadapi final exam.. Ketegangan terasa, Nia risau dengan pelajarannya..Dia juga risau dengan majlis walimatul urusnya yang bakal diadakan seminggu selepas FYP dan final exam.. Allah saja yang tahu perasaan Nia ketika ini.. Takut, gementar dan semuanya bercampur gaul.. Nasib baik ibu dan mak saudara Nia boleh menguruskan semua persediaan untuk majlis Walimatul urusnya..

"Ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini..Rabbi yassir wala tuassir.. ya Allah permudahkanlah semuanya ya Allah"

Fon Nia bergegar tandanya ada inbox message..

"Siapa ni? tak kenal pon number ni"

Assalamualaikum Nia.. Maaf ganggu awak, saya Adam.. hope awak sihat, gudluck for your final exam.. Saya minta number awak dekat uncle tadi.. Saya ada titipkan sesuatu dekat uncle tadi..hope awak terima.. semoga success..-Adam-
Waalaikumussalam..insyaAllah, terima kasih.. 
Nia terlupa dia tidak pernah bertukar number fon dengan Adam.. Biasanya segala persoalan Adam akan diajukan kepada abah Nia dan akan disampaikan kepada Nia..Kiranya abah adalah orang tengah sebagai cara mereka berkomunikasi..
  
Pintu bilik Nia diketuk dan pintu biliknya dikuak..

"Nia sayang, ni ada barang Adam bagi.. tadi abah jumpa Adam.."

"emm..terima kasih abah..tadi Adam ada mesej Nia bagitahu.."

"Okay lah kalau macam tu.. kalau penat tidur.. jangan dipaksa mata tu..kalau tak larat study relax dulu okay..bye Nia..selamat malam"

Kotak sederhana besar ditenung dalam-dalam oleh Nia bagai harimau sedang menunggu masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya.. Apa agaknya si Adam bagi..

"Wah cantiknya!"

Kotak itu berisi sejadah, telekung dan tafsir al-quran..Terdapat sepucuk surat terselit rapi didalam tafsir al-quran..

Assalamualaikum Nia,  
Terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih sebab sudi menerima saya dan sebagai pendorong semangat untuk menghadapi final exam.. Selepas ni awak dah habis belajar, insyaAllah..
Lebih kurang seminggu lagi insyaAllah kita akan diijab kabulkan.. Kalau awak nak ubah fikiran awak masih ada masa.. Saya harap awak fikir dalam-dalam sebab kita nanti kita bukan hidup bersama-sama hanya untuk beberapa hari tapi untuk selama-lamanya..InsyaAllah..
Saya mungkin bukan seperti Ali untuk mengharapkan wanita seperti Fatimah. Saya  mungkin tidak selembut Abu Bakar, setegas Umar al-Khatab, sekaya Uthman al-Affan, atau setangkas Ali bin Abi Thalib dan mungkin bukan bakal imam yang awak idam-idamkan.. Tapi ketahuilah, insyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi soleh, untuk menjadi imam dan memimpin awak hingga al-jannah..insyaAllah.. 
 "Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadilaknlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"
Surah Al-Furqan : 74 
GUDLUCK NIA! DO THE BEST, ALLAH DO THE REST!
Wassalam,
Adam 
*******
Pejam celik pejam celik tarikh keramat bagi Nia dah sampai 3/3/2013.. Berdebar-debar dan cuak.. tepat jam 10 Nia akan diijabkabulkan di Masjid Jamek.. Rombongan pengantin lelaki sudah berada di masjid sedang menunggu rombongan pengantin perempuan sampai.. Ya Allah, permudahkanlah.. 

" Tu dia, rombongan pengantin perempuan dah sampai"

" Mana tok kadi?"

"5 minint lagi sampai la abang Adam.. amboi bang, dah tak sabar nak kahwin ke? " 

Adam hanya tersengih macam kerang busuk..

"Abang, sebelum akad berlangsung kak Nia suruh abang baca surat ni.."

Assalamualaikum..

Adam,
maafkan saya jika coretan ini memanaskan hati awak. Ketahuilah saya bukan bermaksud untuk melukakan awak.. Warkah ini ditulis sebagai peringatan kepada awak sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar bila bergelar seorang suami.. Sesungguhnya saya adalah hawa,temanmu yang adam pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Hawa asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak heranlah jika perjalanan hidup saya sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Adam ,
awak sebenarnya imam dan saya makmummu kerana awak adalah ketua. Saya adalah pengikutmu dan awak adalah amir..Jika awak benar, maka benarlah saya. Jika awak lalai, maka lalailah saya. Wahai Adam, lelaki punyai kelebihan akal, manakala wanita kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam,
ajari saya agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah saya supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan saya supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah saya Adam agar saya tidak beku. Bantulah saya agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah saya daripada seksa api neraka yang tidak tegar saya tanggung. Pimpinlah saya menuju nur al-jannah. Tarbiahlah saya supaya kelak saya calon srikandi solehah. Bantulah saya dalam menyemai sifat mahmudah. Moga saya dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga saya hiasan terindah hidupmu Adamku.


Adam,
Pimpinlah tanganku karena aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah SWT
Ingatlah Adam, saya perlukan bimbinganmu untuk kecapi syurga dunia dan syurga akhirat..insyaAllah..

Wassalam,
Nia

Adam tersenyum..Alhamdulillah dengan sekali lafaz Muhammad Adam bin Ismail selamat diijabkabulkan dengan Nia Kamalia binti Adnan..Inilah dinamakan jodoh.. Redha Allah terletak pada redha dan restu ibubapa.