Sunday, 1 April 2012

6 TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

Assalamualaikum..

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);


Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)




Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?


Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama


Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?


Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179:Firman ALLAH SWT bermaksud:"Dan sesungguhnya (Kami)ALLAH akan isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat ayat ALLAH . Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda tanda kekuasaan ALLAH.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat ayat dan nasihat ALLAH. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang orang lalai." ). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka


Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah


Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.