Saturday, 17 March 2012

SYRIA : KEKEJAMAN Bashar al Assad

Assalamualaikum

Aku nak tanya something laaaa. BERITA or CERITA apa yang tengah HOT sekarang???
yang menjadi tajuk akhbar ke post2 fb ke?? soal jawab TUN kepada Hilal Asyraf tentang HUDUD kah?? Mengenai NEGERI TERMISKIN : SABAH or KELATE?? mengenai SHAHRIZAT JALIL meletak jawatan menteri kah?? or what??

BUKAN, bukan, bukan semua tu yang aku nak cakap sebenarnya.  MALAYSIA negara yang aman damai TANPA peperangan. Tanpa pertumpahan darah even kepimpinan PM kita TIDAK DISUKAI but jika nak DIBANDINGKAN dengan kepimpinan BASHAR al ASSAD  di SYIRIA?? siapa lebih KEJAM?? siapa lebih MENINDAS RAKYAT??

speechless..tak tahu nak cakap apa kalau sebut pasal SYIRIA..

korang tahu ke pasal SYIRIA?? apa yang terjadi DISANA?? apa yang dah BASHAR al ASSAD ni buat?? berapa orang rakyat yang dia bunuh sehari?? jumlah kanak2 wanita lelaki yang dibunuh oleh dia?? korang tahu ke?? korang ambil tahu ke pasal saudara islam kita kat sana??

YA ALLAH, LINDUNGI LAH SAUDARA2 KU DI SYIRIA..LINDUNGI MEREKA YA ALLAH.. TAMATKANLAH KEKEJAMAN KE ATAS MEREKA YA ALLAH.. 

SYIRIA - sejak bile berlaku pergolakan dan kekejaman di syiria ni??? sejak Hafez al Assad lagi. sape dia tu?? dia lah ayah kepada Bashar al Assad


Bashar al Assad telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Assad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.  Kebangkitan rakyat Syria 15 Mac 2011 bermula bila terdapat sekumpulan kanak-kanak menulis “الشعب يريد اسقاط النظام ” (Rakyat menuntut kerajaan turun) di dinding, telah ditangkap dan diseksa dengan kejam oleh tentera rejim. Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan


Hampir 50 wanita dan kanak-kanak ditemui mati ditikam atau leher mereka dikelar di bandar Homs yang bergolak.Beberapa kanak-kanak telah dipukul di kepala dengan objek tumpul, tubuh seorang kanak-kanak perempuan dicacatkan dan beberapa wanita dirogol sebelum dibunuh.mereka mencuri harta-harta rakyat, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan memakai hijab.Rejim Bashar al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat dan memusnahkan bangunan-bangunan termasuk rumah dan masjid. Ayahnya Hafez al Assad pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Kekejaman Bashar al Assad mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnanselain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina. Perkara ini telah menarik perhatian dunia sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil inisiatif mengutuk kekejaman rejim Bashar al-Assad yang tidak lagi dapat diselindungi. 

Namun, pada 6 Februari 2012 kerajaan Russia dan China bertindak menggunakan kuasa veto masing-masing menghalang satu resolusi Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan mengutuk tindakan keras kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Dengan penggunaan kuasa veto mereka, Russia dan China sedang bersekongkol dengan sebuah rejim yang zalim di Syria. Kedua-dua negara Majlis Keselamatan PBB ini mestilah bersikap adil dan membela mereka yang ditindas oleh regim zalim Bashar al-Assad. Dalam pada itu, utusan baru PBB-Liga Arab ke Syria, Kofi Annan yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PBB turut menggesa usaha antarabangsa secara sepadu untuk menghentikan keganasan di Syria. 

Dunia tidak harus membiarkan rakyat Syria terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad dan sokongan kepada perjuangan rakyat Syria.

wahai Sahabat
marilah kita sama2 BERDOA agar kekejaman terhadap saudara2 islam kita di SYIRIA tamat



Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata 
“Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.” surah al-Israk ayat 81

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria






credit to: ar Rayyah , realitiabadi , ikram