Sunday, 18 March 2012

SYIRIA : RAKYAT sokong BASHAR al ASSAD

Assalamualaikum

PERSOALAN KESAHIHAN ISU DI SYIRIA

Bukan apa sebenarnye aku pon naik pening dah tertanya-tanya bile bace satu link belog yang seorang sahabat bagi ketika komen entri aku (SYIRIA:KEKEJAMAN BASHAR al ASSAD) berkaitan dengan kekejaman Bashar al Assad ke atas SYIRIA.






Isu-isu blog tu berbunyi macamni:


6 Persoalan kesahihan isu di Syria



1) jika benar tentera Assad membunuh ribuan rakyat nya , dimana kah pusara yang terbunuh itu?
peristiwa BLACK FRIDAY di Parsi dulu membuktikan bahawa Saddam memang benar-benar pembunuh apabila menembak umat Islam beramai-ramai. dan pusara nya memang ada. maka itulah buktinya. tapi di Libya dan Syria....sudah ratusan ribu dibunuh, tapi nak cari sepuluh kubur mangsa kezaliman Assad pun masih tak jumpa? ini lah kerja PBB yang menipu didalangi Israel.


2) kalau benar tentera Syria mengebom dan menembak rakyatnya....sila buktikan kepada dunia, bahawa peluru yang digunakan adalah milik tentera kerajaan Syria.

sumber dari sebuah jemaah Islam disana melaporkan bahawa tentera pembangkang(pro-Amerika) berpakaian separa tentera dan masuk ke rumah-rumah orang awam dan menyamar bahawa mereka adalah tentera Assad dan menembak. malangnya, apabila disiasat, senjata yang digunakan dan peluru yang digunakan adalah datang dari luar Syria. tepuk dada tanya Allah.


3) sumber berita yang datang melaporkan mengenai Syria datang dari stesyen-stesyen berita milik penuh zionis. antaranya BBC dan CNN serta Al-jazeera.

mengapa umat Islam di seluruh dunia perlu bersumberkan berita dari stesyen-stesyen milik yahudi ini sedangkan kita jelas bahawa mereka semua adalah bertanggungjawab dalam fatwa Yusuf Qardhawi bahawa berita mereka tidak boleh dipakai terima. ALMANAR sebuah stesyen TV milik gerakan Islam masih tidak melaporkan pembunuhan oleh tentera Assad di Syria. apa cerita bro?


4) Amerika dan Britain menyediakan peruntukan besar untuk membantu gerakan pembangkang di Syria melawan Assad. (rujuk laporan setiausaha kerajaan Amerika)


dalam hal ini, kalau benar kebangkitan didalangi gerakan Islam, maka mengapakah Amerika dan Britian yang menyediakan peruntukan? tepuk dada tanya malaikat.


5) mengapa Parti Islam di Syria menyatakan sokongan kepada Assad dalam keadaan ini? sedangkan gerakan HM disana adalah sama dengan gerakan kebangkitan rakyat di Mesir.

tidak ada seorang pun wakil dari gerakan Islam di Syria yang tampil menyatakan pendirian menentang kerajaan Syria.


6) ada laporan lokal mengatakan bahawa ada ulamak syria datang ke Malaysia menceritakan mengenai kezaliman Assad.
persoalannya, kenapa kamu lari ke malaysia jika benar kamu menanti SYAHID? kalau benar negara kamu bergolak, kenapa kamu perlu lari keluar dari Syria? bukankah tanggungjawab seorang "amir" dan ulamak adalah menunggu dalam negara ketika situasi perang melawan musuh? dan jika benar kamu ulamak....mengapa kamu bukan datang dari GERAKAN ISLAM di syria? siapa kah ulamak itu?

dan untuk pengetahuan tuan-tuan, ulamak itu setiap kali diakhir ceramahnya menuntut kita cintakan KAPITALIS USA dan BRITAIN sedangkan menyuruh kita membenci gerakan Islam seperti Ikhwan. apa cer?


ada lagi persoalan yang mahu aku nyatakan, tapi kita akan tapis dan kaji terlebih dahulu sebelum menyampaikan. kita bukan KAPITALIS AMERIKA.
ingat...PERISTIWA DI LIBYA sudah mengajar kita bahawa berita mengenai kezaliman kerajaan Gadafi adalah satu penipuan oleh PBB. mengapa kita tak mahu serik lagi dengan PBB Zionis ini?


DEMO TERBARU rakyat Syria menyokong Assad.

jumlah demo menentang Assad hanya 10,000. tapi demo menyokong Assad 100,000.
sumber : REVOLUSI HABIB

Konklusinya setakat mana kebenaran cerita-cerita tersebar ni wallahualam, hanya Allah yang mengetahui perkara sebenar. Tapi aku galakkan korang membaca tertuama info-info macam ni dan berkaitan negara Islam.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah”, (Al-laq: 1-3)