Monday, 26 March 2012

Bidadari DUNIA

Assalamualaikum..





Jika engkau tidak berusaha menjadi seperti Fatimah, mengapa engkau berharap bisa mendampingi pemuda seperti Ali ? Jika engkau tidak berusaha soleh seperti Rasulullah saw mengapa engkau berharap mendapatkan wanita seperti ‘Aisyah ?



Berharap memang tak salah.
Seorang pencuri sah2 berharap anaknya tak menjadi pencuri.
 Ada salah satu saudara kita yang malas diajak solat berjemaah ke masjid, malas menghadiri majlis ilmu malah menghabiskan waktu dalam hal yang sia2. Bahkan ada juga yang kurang menjaga pergaulannya, merasa bebas berhubungan dengan berlainan jantina. Namun, mereka takkan bernikah kecuali dengan isteri/suami yang soleh/solehah dan pandai dalam deen. Mereka mendambakan suami/isteri yang tidak pernah bergaul bebas dengan berlainan jantina. Mereka menginginkan isteri yang suci bagai bidadari turun dari surga.


Sebagaimana pula wanita2 kita, mereka yang menginginkan suami yang selembut Abu Bakar, yang setegas `Umar al-Khatab, yang sekaya `Uthman al-Affan, atau setangkas `Ali bin Abi Thalib.
Namun peliknya, bagi saudari2 kita tersebut, tidak ada usaha untuk memperbaiki diri contonhya meniru kebijaksanaan Khadijah , kepandaian ‘Aisyah, ketangguhan Fatimah, atau keikhlasan Sumayyah.

Begitu juga dengan saudara kita para ikhwan yang menginginkan isteri sepandai para isteri nabi, sebagus akhlaq muslimah di zaman Rasul, namun dalam dirinya tidak ada usaha untuk lebih soleh, lebih pandai, dan lebih menuju akhirat.

Memang berharap itu tidak salah.
Seorang pencuri sah2 saja berharap anaknya tidak menjadi pencuri,kalau anak dia menjadi ‘ulama misalnya, mampukah anaknya membebaskan bapaknya dari hukuman penjara ??
 Adakah suami yang soleh dan isteri yang solehah boleh menyelamatkan kita dari Neraka jika kita sendiri tidak berusaha menjauhi Neraka ??

At Tahrim : 10
"Allah telah menjadikan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth sebagai perumpamaan bagi orang2 kafir. Keduanya dibawah pengawasan dua hamba yang soleh di antara hamba2 Kami. Lalu kedua isteri itu khianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah, dan dikatakan (kepada keduanya) `masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk` (neraka) "

At Tahrim :11
" Dan Allah menjadikan isteri Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang2 yang beriman, ketika ia berkata ` Ya Rabbi, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim "

At Tahrim : 12
"(Dan ingatlah) Maryam putri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan dalam rahimnya sebagaian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Rabbnya dan kitab-kitabNya dan dia termasuk orang-orang yang taat"

(credit: Ummu `Ibaadurrahmaan)

Thursday, 22 March 2012

Waktu-waktu Afdal Solat Sunat dan Doa-Doa yang Mustajab


Solat hajat  - solat hajat selalunya didirikan dengan bacaan-bacaan tertentu untuk memohon pertolongan Allah S.W.T .


Waktu-waktu mustajabnya doa.

Satu pertiga malam - antara 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. 

hadis Imam Muslim:
Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

Sewaktu hujan turun -Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
- antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. 
-lebih afdhal kalau kita berdoa secara individu: sebab setiap jemaah yang datang ada hajat, keperluan dan doa yang berlainan antara satu sama lain.

Semasa bacaan syahadah akhir setiap kali waktu solat

Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
-Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T.

- doa yang ingin dibacakan semasa sujud dalam bahasa selain bahasa Arab,  dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. (sumber para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.)

Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

- fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

-banyakkan amalan2 yang sunat BUT  cukupkan amalan2 yang wajib terlebih dulu ye :)
-Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya
-.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan

surah Ali-Imran

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

-Menghulurkan pertolongan.

tolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

-Sabar
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa yang mustajab.

"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad"

Maksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa Nabi Musa A.S:

 "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy"

Maksud: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.

 ar-Raazak (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.


Doa tahiyat akhir

 "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal"

Maksudnya: "Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Ya Allah... Aku berlindung denganMu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.

Ya Allah... Aku berlindung denganMu dari najis bid'ah dan syirik.

Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.

Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.

Sunday, 18 March 2012

SYIRIA : RAKYAT sokong BASHAR al ASSAD

Assalamualaikum

PERSOALAN KESAHIHAN ISU DI SYIRIA

Bukan apa sebenarnye aku pon naik pening dah tertanya-tanya bile bace satu link belog yang seorang sahabat bagi ketika komen entri aku (SYIRIA:KEKEJAMAN BASHAR al ASSAD) berkaitan dengan kekejaman Bashar al Assad ke atas SYIRIA.






Isu-isu blog tu berbunyi macamni:


6 Persoalan kesahihan isu di Syria



1) jika benar tentera Assad membunuh ribuan rakyat nya , dimana kah pusara yang terbunuh itu?
peristiwa BLACK FRIDAY di Parsi dulu membuktikan bahawa Saddam memang benar-benar pembunuh apabila menembak umat Islam beramai-ramai. dan pusara nya memang ada. maka itulah buktinya. tapi di Libya dan Syria....sudah ratusan ribu dibunuh, tapi nak cari sepuluh kubur mangsa kezaliman Assad pun masih tak jumpa? ini lah kerja PBB yang menipu didalangi Israel.


2) kalau benar tentera Syria mengebom dan menembak rakyatnya....sila buktikan kepada dunia, bahawa peluru yang digunakan adalah milik tentera kerajaan Syria.

sumber dari sebuah jemaah Islam disana melaporkan bahawa tentera pembangkang(pro-Amerika) berpakaian separa tentera dan masuk ke rumah-rumah orang awam dan menyamar bahawa mereka adalah tentera Assad dan menembak. malangnya, apabila disiasat, senjata yang digunakan dan peluru yang digunakan adalah datang dari luar Syria. tepuk dada tanya Allah.


3) sumber berita yang datang melaporkan mengenai Syria datang dari stesyen-stesyen berita milik penuh zionis. antaranya BBC dan CNN serta Al-jazeera.

mengapa umat Islam di seluruh dunia perlu bersumberkan berita dari stesyen-stesyen milik yahudi ini sedangkan kita jelas bahawa mereka semua adalah bertanggungjawab dalam fatwa Yusuf Qardhawi bahawa berita mereka tidak boleh dipakai terima. ALMANAR sebuah stesyen TV milik gerakan Islam masih tidak melaporkan pembunuhan oleh tentera Assad di Syria. apa cerita bro?


4) Amerika dan Britain menyediakan peruntukan besar untuk membantu gerakan pembangkang di Syria melawan Assad. (rujuk laporan setiausaha kerajaan Amerika)


dalam hal ini, kalau benar kebangkitan didalangi gerakan Islam, maka mengapakah Amerika dan Britian yang menyediakan peruntukan? tepuk dada tanya malaikat.


5) mengapa Parti Islam di Syria menyatakan sokongan kepada Assad dalam keadaan ini? sedangkan gerakan HM disana adalah sama dengan gerakan kebangkitan rakyat di Mesir.

tidak ada seorang pun wakil dari gerakan Islam di Syria yang tampil menyatakan pendirian menentang kerajaan Syria.


6) ada laporan lokal mengatakan bahawa ada ulamak syria datang ke Malaysia menceritakan mengenai kezaliman Assad.
persoalannya, kenapa kamu lari ke malaysia jika benar kamu menanti SYAHID? kalau benar negara kamu bergolak, kenapa kamu perlu lari keluar dari Syria? bukankah tanggungjawab seorang "amir" dan ulamak adalah menunggu dalam negara ketika situasi perang melawan musuh? dan jika benar kamu ulamak....mengapa kamu bukan datang dari GERAKAN ISLAM di syria? siapa kah ulamak itu?

dan untuk pengetahuan tuan-tuan, ulamak itu setiap kali diakhir ceramahnya menuntut kita cintakan KAPITALIS USA dan BRITAIN sedangkan menyuruh kita membenci gerakan Islam seperti Ikhwan. apa cer?


ada lagi persoalan yang mahu aku nyatakan, tapi kita akan tapis dan kaji terlebih dahulu sebelum menyampaikan. kita bukan KAPITALIS AMERIKA.
ingat...PERISTIWA DI LIBYA sudah mengajar kita bahawa berita mengenai kezaliman kerajaan Gadafi adalah satu penipuan oleh PBB. mengapa kita tak mahu serik lagi dengan PBB Zionis ini?


DEMO TERBARU rakyat Syria menyokong Assad.

jumlah demo menentang Assad hanya 10,000. tapi demo menyokong Assad 100,000.
sumber : REVOLUSI HABIB

Konklusinya setakat mana kebenaran cerita-cerita tersebar ni wallahualam, hanya Allah yang mengetahui perkara sebenar. Tapi aku galakkan korang membaca tertuama info-info macam ni dan berkaitan negara Islam.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah”, (Al-laq: 1-3)

Saturday, 17 March 2012

SYRIA : KEKEJAMAN Bashar al Assad

Assalamualaikum

Aku nak tanya something laaaa. BERITA or CERITA apa yang tengah HOT sekarang???
yang menjadi tajuk akhbar ke post2 fb ke?? soal jawab TUN kepada Hilal Asyraf tentang HUDUD kah?? Mengenai NEGERI TERMISKIN : SABAH or KELATE?? mengenai SHAHRIZAT JALIL meletak jawatan menteri kah?? or what??

BUKAN, bukan, bukan semua tu yang aku nak cakap sebenarnya.  MALAYSIA negara yang aman damai TANPA peperangan. Tanpa pertumpahan darah even kepimpinan PM kita TIDAK DISUKAI but jika nak DIBANDINGKAN dengan kepimpinan BASHAR al ASSAD  di SYIRIA?? siapa lebih KEJAM?? siapa lebih MENINDAS RAKYAT??

speechless..tak tahu nak cakap apa kalau sebut pasal SYIRIA..

korang tahu ke pasal SYIRIA?? apa yang terjadi DISANA?? apa yang dah BASHAR al ASSAD ni buat?? berapa orang rakyat yang dia bunuh sehari?? jumlah kanak2 wanita lelaki yang dibunuh oleh dia?? korang tahu ke?? korang ambil tahu ke pasal saudara islam kita kat sana??

YA ALLAH, LINDUNGI LAH SAUDARA2 KU DI SYIRIA..LINDUNGI MEREKA YA ALLAH.. TAMATKANLAH KEKEJAMAN KE ATAS MEREKA YA ALLAH.. 

SYIRIA - sejak bile berlaku pergolakan dan kekejaman di syiria ni??? sejak Hafez al Assad lagi. sape dia tu?? dia lah ayah kepada Bashar al Assad


Bashar al Assad telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Assad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.  Kebangkitan rakyat Syria 15 Mac 2011 bermula bila terdapat sekumpulan kanak-kanak menulis “الشعب يريد اسقاط النظام ” (Rakyat menuntut kerajaan turun) di dinding, telah ditangkap dan diseksa dengan kejam oleh tentera rejim. Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan


Hampir 50 wanita dan kanak-kanak ditemui mati ditikam atau leher mereka dikelar di bandar Homs yang bergolak.Beberapa kanak-kanak telah dipukul di kepala dengan objek tumpul, tubuh seorang kanak-kanak perempuan dicacatkan dan beberapa wanita dirogol sebelum dibunuh.mereka mencuri harta-harta rakyat, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan memakai hijab.Rejim Bashar al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat dan memusnahkan bangunan-bangunan termasuk rumah dan masjid. Ayahnya Hafez al Assad pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Kekejaman Bashar al Assad mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnanselain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina. Perkara ini telah menarik perhatian dunia sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil inisiatif mengutuk kekejaman rejim Bashar al-Assad yang tidak lagi dapat diselindungi. 

Namun, pada 6 Februari 2012 kerajaan Russia dan China bertindak menggunakan kuasa veto masing-masing menghalang satu resolusi Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan mengutuk tindakan keras kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Dengan penggunaan kuasa veto mereka, Russia dan China sedang bersekongkol dengan sebuah rejim yang zalim di Syria. Kedua-dua negara Majlis Keselamatan PBB ini mestilah bersikap adil dan membela mereka yang ditindas oleh regim zalim Bashar al-Assad. Dalam pada itu, utusan baru PBB-Liga Arab ke Syria, Kofi Annan yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PBB turut menggesa usaha antarabangsa secara sepadu untuk menghentikan keganasan di Syria. 

Dunia tidak harus membiarkan rakyat Syria terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad dan sokongan kepada perjuangan rakyat Syria.

wahai Sahabat
marilah kita sama2 BERDOA agar kekejaman terhadap saudara2 islam kita di SYIRIA tamat



Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata 
“Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.” surah al-Israk ayat 81

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria






credit to: ar Rayyah , realitiabadi , ikram