Sunday, 2 December 2012

Typical Kelantanese

Assalamualaikum..

Menghitung hari detik demi detik, jari-jemari semakin malas untuk mengetik butir-butir keyboard. Mencari perkataan, ayat untuk memulakan satu topik. Mencari idea dan perasaan yang sesuai untuk menzahirkan apa yang terlahir dari hati. Acewaahh. Ayat aku tak mahu kalah macam nak buat entri pasal love love gittew.

Emm, sebenarnya aku ada terbaca satu blog ni. Aku tulis entri ni takde la nak membangkitkan sentimen kenegeriaan ke apa. Dalam blog ni tulis pasal budak kelantan. So, takkan tak dapat teka kan? Typical kelantanese macam itu macam ini bla bla bla bla. Pasal entri tu aku taknak banyak komen sangat sebab dia cakap yang cerita dekat dia tu budak kelantan jugak, konon-konon kelantan murtad la. heh? Haha, pestime kot aku tengok pengakuan malu jadi orang kelantan. Kalau nak murtad kenegerian sangat, apa susah pergi mohon kenegerian lain. Selesai masalah, zaman moden semua boleh buat. hiks :) Papepon i'm proud being Kelantanese even though sekarang aku stay dekat luar kelantan. Aku tak pernah kot nak mengaku aku kelantan murtad. Why? 1) Asal usul nenek moyang parents aku pure Kelantan 2) ic aku -03-  muehehe

AWAS! Jaga emosi! Kalau tak betul jangan cepat melatah. Ni tak cepat sangat melatah, lagi la orang suka usik. Kadang2 diorang suka tengok budak2 Kelantan marah2, tu membuktikan yang semua diorang cakap betul. Emm aku bukan nak cakap apa sikap panas baran cepat melenting budak2 kelantan bila isu 'kelantanese' dibangkitkan menjadi salah satu punca memang orang2 luar COP budak kelantan assabiah, jahat, baran. Contohnya, dekat twitter FB ada la orang2 tentu suka membangkitkan isu kenegerian dan 'target' dia budak2 kelantan. Up sikit isu topik pasal budak kelantan mesti ada yang melenting. Exp: 'Patutlah kelantan menang bola kalau tak habis stadium kena bakar' 'Orang kelantan samseng atas jalan, ingat 'plat' kereta kelantan orang takut?' Memang betul TAK SEMUA orang kelantan macam tu tapi fikirlah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Ye ke idok? Tak salah korang nak membetulkan keadaan, nak menegakkan kebenaran pasal persepsi diorang terhadap budak2 kelantan tapi jaga emosi jangan buat semua tu jadi tambah teruk. Kalau bertambah teruk lagi la diorang suka buat macam tu. Diorang tahu tak boleh nak usik budak kelantan. Normal lah kan, situasi ni macam kat rumah jugak. Mak kau cakap jangan usik adik nanti adik nangis, tapi makin kau nak usik adik kau tu kan. Biar apa pon orang nak cakap pasal budak kelantan, tak kesah hidup kita tetap normal, kerja kita tetap jalan :)


Bila orang cakap something buruk pasal Kelantan. Just...

Keep Calm & Smile. Nothing to lose. Ayuh ubah perception diorang terhadap budak kelantan. Kalau bukan kita, siapa lagi?  :)

Assabiah.. bagi aku sikap tu tak salah.. Diorang rapat macam mana pon diorang tak kacau orang. Tambahan budak kelantan ada je kawan dengan budak2 negeri lain..Maybe kalau jumpa member kelantan mereka terlebih excited.. Macam jumpa member lama gittew..


Otak sempit? I dont think so zzZZ


Ntahpape, tak faham bahasa kelantan tayah la hina. -..-"


Burthurt enough? nampak tak permainan dia nak main2 test budak kelantan..haha


Jyeah.. Aku sokong komen manusia kat atas ni :D


Dan yang PALING WIN!!!!!!



p/s: doakan mereka yang mempunyai tanggapan negatif terhadap orang kelantan berubah.

Sunday, 4 November 2012

Tabarruj

Assalamualaikum..

Sebenarnya entri ni dah lama bersarang dalam draft aku. So, alang2 dah ada aku just sambungkan je apa yang tergantung. Let's proceed.

Entri kali ni aku nak tulis pasal TABARRUJ.. tabarruj tu gapo dio?

Menurut Imam Bukhari: Tabarruj ialah seorang wanita memperlihatkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”
( An Nur : 31)

HUKUM TABARRUJ

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." - Riwayat Abu Daud

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Nota Kaki: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.Pakai gelang kaki, bila berjalan bunyi 'kaching-kaching-kaching' hehe

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
Nota Kaki: Pakai perfume bau dia semerbak macam kau baru je lepas mandi dengan perfume tadi.

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
Nota Kaki: Pakai tudung ka, shawl ka, tudung bawal jaws ka, tudung indon, tudung siti ka ekin ka semua nak kena labuh tutup dada.

5. Gigi
-"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nota Kaki: Pakai braces takpa kalau niat nak baiki gigi sebab tidak teratur susah nak makan ataupun memalukan si polan.. hukumnya HARUS.. HARAM pakai braces sebab kecantikan..

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."(Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).Nota Kaki: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari)

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:

1) Pakaian yang menutup aurat, yang malu apabila dilihat orang.
2) Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
3) Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat:

-Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
-Tidak nipis dan terlalu jarang
-Tidak ketat dan longgar
-Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya

Monday, 22 October 2012

Amanda Todd's Story

Assalamualaikum..

Hai semua.. Hari ni baru jumpa mood sikit nak update blog. Di kesempatan ini aku nak share sikit pasal Amanda Todd. emm sape kenal Amanda Todd ni? Takpa kalau yang tak kenal lagi dan tak tahu kisah Amanda ni boleh la google2 pasal dia. 



Amanda Todd, 15 , telah mati bunuh diri pada 10/10/12.

My Story: Struggling, bullying, suicide and self harm 



This girl, her name is Amanda Todd.She posted a video on YouTube a few days ago.She was bullied so bad it led to suicide…

She was in a webcam chat group to meet up with new and old people.They started calling her Beautiful, Stunning, cute, Etc.
And then they asked her to flash…So she did…..Thinking it was nothing…

A year went by and some guy she did not know, messaged her saying ”Give me a ‘show’ or I will send your boobs.”She ignored it…..Christmas Break came and a knock came on her door at 4 AM.
It was the police…That person sent the picture to EVERYONE.
Everyone judged her.Bullied her.

From ONE MISTAKE.She ended up switching schools.That person found out her school, friends, address once again and sent them there too.She had no one.Everyone hated her.She ended up switching towns.Then at this new school….She met this boy who she thought liked her.He didn't .he had a girlfriend.One day she got a note saying you better leave school.She didn't.
A group of boys and girls including that boy, the girlfriend and more came up to her while the school surrounded her.The girl said “Look around, No one likes you.”One kid from the group said “JUST PUNCH HER ALREADY!” So she did, and Amanda got beat really bad.And got left.Alone.And her dad ended up finding her in a ditch hours later.She went home and drank bleach, to try to kill herself.It didn't work.


The next day all over her Facebook page was written “Drink some more bleach”, “No one cares”, “I hope she dies, “No one would cry”, “Everyone hates you”, “Amanda try it again we dare you”…and so much more.She cried every night. Why did everyone hate her.One mistake.One.She started cutting so much and did drugs,and drank alcohol.She ended up trying to kill herself again.She failed.


She couldn't take it anymore.
At the end of the video it said ”I am Amanda Todd. I just need someone.” October 10th she hung herself.She is dead.


[Klik] Gambar lebih jelas

“I’m struggling to stay in this world, because everything just touches me so deeply. I’m not doing this for attention. I’m doing this to be an inspiration and to show that I can be strong. I did things to myself to make pain go away, because I’d rather hurt myself then someone else. Haters are haters but please don’t hate, although i'm sure I’ll get them. I hope I can show you guys that everyone has a story, and everyone's future will be bright one day, you just gotta pull through. I’m still here aren't I?”
 — Amanda Todd

p/s: #RIPAmandaTodd & Stop Bullying

Monday, 24 September 2012

Ketidakpuasanhati

Assalamualaikum...
Ketidakpuasanhati...
Sakit hati, marah, terasa hati..
Sebagai manusia yang lemah, yes perasaan tu semua fitrah manusia yang Allah SWT ciptakan. Macam biasa, kalau tak dapat kawal pasti terbabas. Then mulalah rasa tekanan, stress, pressure, termarah orang lain, buruk sangka, merajuk, membawa diri dan memendam rasa, gaduh, perang mulut.

Macam mana pun situasi, emm aku, ye aku, takpun kita, KITA iaitu diri sendiri kena pandai kawal tahap emosi agar setiap perkataan yang keluar dari mulut kita tak lukakan dan menggores perasaan orang lain. Agar segala tindakan kita tak menimbulkan ketidakpuasanhati kepada orang lain, tak buat orang lain terasa hati.

Emm, bagi aku, AKU, aku tak suka bila orang 'point' kan something kat aku.. Memang 'point' untuk bertanyakan soalan tidak salah. Kau suruh orang menyuarakan pendapat, apa yang dia rasa, apa yang dia tak puas hati dalam sesuatu event, meeting,kelas tak salah. AKU TAK PERNAH CAKAP SALAH. Tapi kau kena ingat manusia ada perasaan, katakan time kau pointkan untuk tanya something then dia tak dapat jawab, tu tak bermaksud dia bodoh, bangang, tak tahu pape, just sometimes he/she perlukan sedikit masa untuk berfikir. Please jangan gesa orang. Then kalau kau tanya apa yang dia tak puas hati depan orang ramai, dia tak cakap pape, tu bukan bermaksud dia malas nak cakap, takut nak menyuarakan pandangan, takut melontarkan suara, TIDAK tu bermaksud dia perlukan PRIVACY. Jangan la pulak kau hentam dia depan2. Itu SIOT namanya, memalukan orang menggoreskan perasaan orang. Try kau tanya dia face to face apa yang dia tak puas hati. Dalam meeting, bila kau point tanya apa dia tak puas hati, kau kena fikir, mesti orang lain akan cop 'emm mesti si polan ni yang tak puas hati dengan kelab/event/ketua selama ni', so, aku prefer round table. Bila someone tade apa yang nak cakap, kau jangan la pergi paksa dia cakap jugak, paksa diluahkan. KAU TAHU TAK DIA TATAW NAK CAKAP APE? kau faham tak?

Aku berani cakap, kalau kau, buat semua yang aku cakap kat atas tu kau dah menzalimi hak orang dan menindas golongan ini daripada bersuara gara-gara?

1. Emosi stress tidak terkawal
2. Jawatan yang “dibanggakan”
3. Senioriti
4. Orang yang dimarah seorang yang berhati lembut/tak reti marah balik
5. Suka bersangka buruk
6. Pemikiran skeptikal

Jika di dalam pekerjaan, misalnya hubungan antara doktor dan pesakit, kita boleh bersikap profesional, tetapi kita seringkali lupa untuk bersikap profesional bila berhubungan dengan manusia lain, terutamanya Allah SWT.

Mungkin dari salah faham yang sekelumit cuma menjadi nanah busuk dek sikap su’udzon (bersangka buruk) dan pemikiran skeptikal yang menguasai tindak tanduk diri seseorang.

MARAH ITU SAHABAT SYAITAN!

Marah adalah api. Syaitan laknatullah juga diperbuat daripada api. Maka orang yang pemarah sama sahaja seperti sahabat syaitan, seperti sabda Rasulullah SAW

“Kemarahan itu daripada syaitan, sedangkan syaitan tercipta daripada api, api hanya dapat padam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah” (H.R. Abud Dawud).

Tahukah kita beza sifat orang pemarah dengan orang dapat menahan kemarahannya?

Bezanya adalah iman. Sifat ketaqwaan dan beringat kepada Allah SWT adalah tembok pembeza antara hamba yang berfikir berlandaskan iman dengan nafsu.


Abu Umamah Albahili RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda : “Siapa yang dapat menahan marah padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan (nafsu) amarahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah SWT mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Nah! Di sinilah ramai di kalangan kita tewas!

Sama ada kita adalah seorang dai’e, pemimpin, suami, isteri, abang, kakak, sahabat, kawan, teman, doktor, pesakit, guru, anak murid dan sebagainya kita sering tewas dengan perasaan marah. Kita sukar mengurus perasaan amarah ini.

Cuba cek diri kita semula, bila kita sakit hati, tak suka dengan seseorang adakah kita terus memarahinya? Meng-condem-nya? Berburuk sangka dengannya? Menjauhinya? Membencinya? Menggunakan ayat keras, pedas, dan tegang untuk sengaja melukakan hatinya? Melabelnya dengan bukan-bukan, dengan labelan yang tidak disukainya?

Adakah kononnya diri kita adalah seorang yang dihormati, disegani atau pun diri kita seorang pemimpin sudah mampu layak diberi “lesen mengumpat” dengan menghebahkan keburukan-keburukan orang tersebut kepada orang lain?

Adakah keburukan-keburukan tersebut benar? Adakah orang tersebut akan suka dan bahagia bila dapat tahu tentang perbuatan kita tersebut?

Sesungguhnya, manusia yang zalim adalah tatkala meletakkan sesuatu/perkara bukan pada tempatnya.


“Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” (Al-Anfaal 8:25).

Dan, yang paling teruk sekali apabila kita memarahi perjuangan, memarahi Allah SWT di atas kesusahan dan masalah yang menimpa diri.

MENGURUS KEMARAHAN


Manusia yang pendek akal akan menuruti nafsu amarahnya. Manusia yang beriman akan berusaha melawan nafsu amarahnya. Di sinilah pertarungan antara iman dan nafsu berlaku. Bila nafsu menang dan menguasai diri, ada hati yang perlu dikorbankan. Tapi bila iman mengawal nafsu dan akal, ada air mata keinsafan yang perlu diratapi. 

Yang pedih menanggung adalah orang yang dimarah. Walauapapun alasannya, walauapapun kesalahannya, marah yang tidak terurus bakal mungundang bencana. Di sini berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti retaknya sesuatu perhubungan dan tidak mustahil kelak proses menimbang amalannya menjadi terbantut kerana ada “hutang” yang perlu dibayar!

Remaja yang sifatnya suka memberontak dan tidak suka berfikir panjang, lebih suka memilih jalan hitam sebagai protes ketidakpuasan hatinya. Jalan raya menjadi medan merempit dan menghiburkan diri. Perempuan dan muzik menjadi candu kepada nafsu dan hati yang lara.


Bagi insan biasa, yang masih punya iman di jiwa, nafsu amarahnya cuba dikawal dan digagahinya untuk tidak diserang mana-mana hati atau pun objek. Meskipun pelbagai tekanan dalam dan luar termasuklah bisikan-bisikan syaitan, dia rela menguncikan dirinya di dalam hanyutan kesabaran. Marah yang ditahan-tahan menuntutnya agar sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepadaNya.

Akhirnya, kedamaian dan ketenangan yang dicari mengkhayalkan nafsu amarah tadi. Rasa tawadhu’ dan air mata yang bercucuran menunjukkan simbolik betapa seorang insan yang lemah itu berusaha menundukkan nafsunya kerana Allah SWT. Biarpun di luar sana, banyak mulut yang sedang mengata tentang dirinya. Dia terus bangkit tanpa menoleh ke belakang meneruskan perjalanan kehidupannya bertemankan sangkabaiknya dengan Allah SWT.

Inilah mujahadah sebenar bagi hamba yang sejati!

Jiwanya bertambah kuat dengan mujahadah sebesar ini. Dia benar-benar sedang merebut janjiNya di dalam sabda Nabi SAW :

“Siapa yang menahan dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah SWT memaafkan kesalahan-kesalahannya pada hari kiamat, dan siapa yang menahan marahnya, maka Allah SWT akan menghindarkan dari murkaNya pada hari kiamat.”

Akhir kata, marilah kita menahan marah dengan bersabar untuk menjadi golongan orang yang beriman sepertimana didalam surah Al-Imran ayat 200 :

” Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada allah, agar kamu beruntung“

p/s: Aku tak pernah rasa dimalukan macam ni.. salah satu sebab aku tak suka orang 'point' aku sebab aku rase orang tu nak cari kesalahan aku, bila dikalangan orang ramai dan orang yang aku kenal, aku rase macam dibogelkan dikhalayak ramai.. emmm.. time ni aku rasa nak nangis.. bukan nak nangis.. tapi memang aku akan menangis.. emmm, di saat macam ni la aku perlukan seorang ibu untuk menenangkan hati seorang anak yang gundah gulana dan hati yang lara. Sabar je la Sesungguhnya orang yang hebat adalah orang yang berjaya menundukkan nafsu dan amarahnya :)


Friday, 21 September 2012

Doa Bila Stress

Assalamualaikum...

Doa bila stress " Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaikbaik pelindung ” (Ali ‘Imran:173)

Kita bukan malaikat. Kita manusia. Hari ini mungkin kita baik. Esok lusa mungkin kita akan terjatuh. #HilalAsyraf
Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:
“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?”
“Barang siapa tidak suka bertemu Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Beautiful people is with beautiful heart. Beautiful heart leads to beautiful life. Beautiful life with beautiful Iman is such a great beauty.
“Sesungguhnya Allah itu, mencintai orang yang sering bertaubat, dan menyucikan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286

Sunday, 2 September 2012

Istidraj

Assalamualaikum..

Hai semua! Hari ni aku nak up kan entri berkaitan dengan Istidraj. Entri  ni dah lama sebenarnya ada dalam draft cuma tidak di publishkan je. Hehehe


Tahu tak apa itu ISTIDRAJ?


Istidraj adalah perkara luarbiasa iaitu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan boleh membinasakannya.




Manusia yang ingkar lalai dan sering membuat maksiat terkeliru dengan jalan hidup mereka. Seorang yang memiliki kekayaan, nak itu ini petik jari semua boleh dapat walaupun dia seorang hamba yang tidak pernah bersujud kepada Allah, sering melakukan maksiat namun hidup dia seakan perfect mempunyai kekayaan, harta benda, duit tak habis makan, bergaji lumayan, anak2 berjaya dalam hidup. Kadang2 kita terfikir, kenapa jalan hidup dia macam tu Allah still bagi rezeki melimpah ruah, tolong dia, dia tak pernah rase susah. Itulah ISTIDRAJ! Istidraj melalui harta dan kekayaan. Allah sengaja memudahkan segalanya, Allah telah menguji dia dengan kesenangan. Namun dengan kesenangan itulah hidup dia semakin binasa. Mereka semakin lalai dan mereka semakin hina di sisi Allah.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat , ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita ingin mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.


Tapi, hidup mereka biasa sahaja.


Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.


Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya, sentiasa bagi kesenangan kepada dia.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.




 " Dengan solat kau boleh kaya ke? Tengok aku, aku tak solat pun aku still kaya, harta berlambak je. Jadi manusia jangan malas asyik beribadat je! "

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli.. Tu la asyik duduk masjid je 24 jam. Try jadi macam aku, pagi keja petang duduk rumah malam ke kelab la bro..tengok dapat pakai kereta mewah lagi "

"Kalau dia tu sikit ibadat, rajin kerja mesti boleh jadi kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, dia tak tahu bahawa Allah hanya bagi kesenangan untuk menjatuhkan dia. Kebanyakan orang GAGAL dengan ujian kesenangan berbanding ujian kesusahan dari Allah swt. Ini kerana bila diri dia selalu susah, at least dia dah jumpa tempat dia bergantung harap, meminta pertolongan dan dia yakin hanya Allah boleh tolong dia.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu (serangga terbang yang suka cahaya).

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Sombong riak. Kufur nikmat.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Suruh orang menyembah dia. Mahu diakui sebagai tuhan mereka.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah :)




Sunday, 26 August 2012

Cukup Sekadar Mencintaimu Dalam Diam


Assalamualaikum..


Hadir sebuah perasaan yang cukup mensesakkan dada
Terbitnya sebuah perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata

Terasa bagai dunia ni aku yang punya
Terbuai dalam alam fantasi yang diciptakan antara aku dan kau
Buat itu ini semua tak kena
Rasa ini hadir tanpa di undang
Rasa ini hadir kerana fitrah tanpa paksaan
Mata hati dibutakan dengan bayangan kau
Hati berbunga-bunga saat wajah kau menerpa di ingatan
Bunga-bunga cinta sedang berkembang mekar
Aku yakin ada sesuatu antara kau dan aku

Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah..

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
Dengan hanya dirimu dan Dia yang tahu

Kerana terkadang Cinta tak perlu untuk saling mengetahui
Kerana terkadang, dengan diam semua akan berjalan lebih baik dan lancar
Terhindar dari segala fitnah

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
 tanpa syarat dengan hati yang Ikhlas

Agar tak ada rasa sakit ketika ternyata dirinya tak tertakdir denganmu
Agar tak ada rasa sesal ketika rasa Cinta itu tak berbalas

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..
Dengan bersabar menunggu kehendak Tuhan
Kerana hanya Dialah yang tahu siapa yang terbaik untukmu

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..

Tanpa perlu menuntut diakui dan mengakui,
tanpa perlu merasa tersakiti dan menyakiti,
tanpa perlu menunjukkan rasa lebih.

Cinta itu suci,
Cinta bukan sekadar rasa yang ada untuk sementara waktu dan mudah terganti,
Cinta bukan sekadar permainan masa remaja yang tak bererti..
Percintaan akan menjadi lengkap sekiranya berakhir di jinjang pelamin..

Cukup sekadar mencintaimu dalam diam..

Dan menunggu hingga saatnya tiba,
untukmu menyerahkan Cinta kepada yang kau Cintai dan mencintaimu karena-Nya
Dan sebelum saat itu tiba,
Jadikanlah Cinta itu hanya untuk-Nya seorang
Tanpa kata, hanya menunggu hati berbicara

Kerana Cinta,
Akan selalu indah jika memang itu takdirnya..

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

If you really love her, you won’t touch her
Not even the slightest bit
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah
Just hold her in your heart for a few more years
then you can do it the halal way

Wednesday, 8 August 2012

Sepuluh Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya. Korang mesti dah siap beli baju raya kan? Mood raya dah datang ke belum? Lagu-lagu raya telah lama diputarkan di radio sejak minggu pertama puasa lagi. Tapi bukan persiapan raya yang patut kita utamakan, bukan persiapan raya yang patut kita dahulukan. 

Bulan Ramadhan telah hampir tiba ke penghujungnya. Ayuh sahabat-sahabat rebutlah pahala sepuluh malam terakhir. Semestinya malam Lailatul Qadar yang dicari. Di mana kemuliaan malam itu lebih baik daripada seribu bulan. Pahala amalan kita akan digandakan sama sebanyak pahala kita selama 1000 bulan!

” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Tips merebut pahala dan kelebihan sepuluh ramadhan terakhir :)

1.Luangkan masa untuk Allah.

Kadang-kadang kita online sampai ke subuh, tak tidur malam pun ada. Sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok bola. Sanggup stay up 2 3 pagi untuk habiskan movie, tengok RM (Running Man). Sekarang apa kata dikesempatan ini kita luangkan masa untuk Pencipta kita.


Bukan apa, moh le kita sama-sama mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Time ni la kita nak luangkan masa untuk Dia. Hey! untuk Dia! hehe

Banyak ibadah/aktiviti yang boleh kita lakukan: baca Quran ke, qiamulail ke dan masa ni la kita nak mintak keampunan daripada Allah. InsyaAllah, kalau ada rezeki Dia bagi kita berjumpa dengan Lailatul Qadar :)

2. I’tikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan dalam masjid untuk I’tikaf.

Orang-orang di I’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk berzikir (mengingati Allah), seperti melakukan solat tambahan, bacaan dan memahami al-Quran. I’tikaf dalam tempoh masa yang lebih pendek, seperti satu malam, sehari atau beberapa hari adalah digalakkan juga.

3. Amalkan Doa khas ini.

Aishah r.a berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku katakan semasa doa?’ Baginda berkata: “Katakanlah: Wahai Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. “(Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4.Merenung makna al-Quran.

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir mereka. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.

Seelok-eloknya cuba amalkan membaca al-Quran besertakan terjemahannya sekali. Biasanya ayat-ayat memberi kesan mendalam, aku akan lekatkan pelekat warna-warni. Bila ada masalah, sedih, marah aku akan baca balik maksud-maksud yang aku tanda tu.

5. Berdoa dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata: Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah, semua dosanya yang telah lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim].


Cuba untuk membuat doa lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Kalau sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna semasa anda berdoa. Jika anda hanya biasa dengan surah yang lebih pendek, baca terjemahan dan penjelasan terlebih dahulu, dan kemudian berdoa dan hayati mesej daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan / atau mudah terganggu.

6.Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira r.a, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan doa dalam bahasa kita sendiri, dengan ikhlas dan keyakinan.

8.Berbuka dengan keluarga
Jika anda selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat anda di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga anda.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Selamat memburu malam Lailatul Qadar dan selamat mengerjakan ibadah.. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Friday, 3 August 2012

Kembara Sahur Homeless

Assalamualaikum..

Program Ramadhan Discovery: Kembara Sahur bersama-sama Homeless di Georgetown,Penang.

Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS), Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas(UTP) serta kariah Masjid Kapitan Keling telah berjaya mengadakan satu program "Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita?"

Walaupun hanya sehari bersama Homeless sudah cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam untuk kami semua termasuklah aku. 

Kita :

"Panas la rumah ni."

"Rumah aku kecik je"

"Keras giler tilam ni"

"Tak sedapnya lauk ni"

" Teringin nak makan pizza, kfc, mcD laa"

"Nak beli baju baru ah"

"Tak cantik ah baju ni, tanak pakai ah"

"Seluar ni dah lusuh. Buang je la"

Tapi try korang tengok mereka :
Kesian giler.. Diorang takde rumah,takde keje terpaksa meminta terpaksa tido di tepi jalan.. Dah la ada anak.. Di manakah pihak yang bertanggungjawab?


Kesian nenek ni.. Sebenarnya dalam buaian tu ade baby.. sedihnya kan..


Ramai giler.. Sebenarnya bukan semua 'homeless' ni berasal dari Penang, ada jugak yang berasal dari Kedah, Selangor, Myammar.. Time bulan Ramadhan je diorang datang penang.. 


Kita jalan sikit time panas pon dah merungut sebakul. Kalau kita duk tepi jalan tengah2 panas macam ni tataw la..Diorang duduk tepi2 jalan seharian tengah2 panas.. bayangkan...kesian giler terutama nenek2 tu..
Al-Baqarah 152:

 Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.


Pengagihan Sumbangan dan Zakat Kepada Homeless :

Bantuan Makanan


Ramai giler homeless.. lebih daripada 100 sampai bantuan tak mencukupi. Ada yang mengamuk sebab tak dapat bantuan. Sebenarnya bukan kitorang tanak bagi tapi bekalan tidak mencukupi. Sesiapa yang berdaftar je dapat bantuan ni..


Bukan muslim je yang dapat bantuan, non-muslim pon kita bantu jugak :)




Surah Al Baqarah Ayat 265:

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.


p/s: Bersyukur la dengan apa yang ada. Kalau dibandingkan dengan mereka yang serba kekurangan kita seribu kali lebih bertuah daripada mereka. Ada rumah, kereta, moto, makan minum pakai semua terjaga..