Monday, 5 December 2011

IKHTILAT

Assalamualaikum..
Now, aku nak cakap sikit pasal IKHTILAT. Korang tahu tak ikhtilat tu apa?? Korang rasa apa?? IKHTILAT tu pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka..

Kita semua tahu yang Allah Maha Adil, Maha Bijaksana dan ALLAH menjadikan makhluk berpasang-pasangan: lelaki vs wanita, bumi vs langit, siang vs malam, syaitan vs malaikat, gunung vs lembah, matahari vs bulan, begitulah seterusnya... Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah.

INGATLAH WAHAI SAHABAT!!!

Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu

Hijab tu tersangat penting. Hijab untuk mengelakkan diri daripada ikhtilat. Bukan apa. Kita semua manusia normal yang mempunyai hati dan perasaan, ingin dicintai dan menyintai. Hati manusia begitu rapuh bila ada orang ambil berat pasal kita. Hati manusia lemah, mudah tertarik dengan kasih sayang yang berlebihan. Tak salah ingin berhubungan. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – ya itu KAHWIN/MENIKAH. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka terdedah dengan ikhtilat.


INGATLAH:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)