Monday, 5 December 2011

IKHTILAT

Assalamualaikum..
Now, aku nak cakap sikit pasal IKHTILAT. Korang tahu tak ikhtilat tu apa?? Korang rasa apa?? IKHTILAT tu pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka..

Kita semua tahu yang Allah Maha Adil, Maha Bijaksana dan ALLAH menjadikan makhluk berpasang-pasangan: lelaki vs wanita, bumi vs langit, siang vs malam, syaitan vs malaikat, gunung vs lembah, matahari vs bulan, begitulah seterusnya... Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah.

INGATLAH WAHAI SAHABAT!!!

Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu

Hijab tu tersangat penting. Hijab untuk mengelakkan diri daripada ikhtilat. Bukan apa. Kita semua manusia normal yang mempunyai hati dan perasaan, ingin dicintai dan menyintai. Hati manusia begitu rapuh bila ada orang ambil berat pasal kita. Hati manusia lemah, mudah tertarik dengan kasih sayang yang berlebihan. Tak salah ingin berhubungan. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – ya itu KAHWIN/MENIKAH. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka terdedah dengan ikhtilat.


INGATLAH:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)










Saturday, 3 December 2011

10 SEBAB DOA TERHIJAB!

Assalamualaikum..

Emm...hari ni nak share sikit sebab-sebab DOA TERHIJAB... korang tahu tak ape maksud TERHIJAB??? Terhijab ni adalah terlindung.. Doa kita terhijab pada Allah SWT maknanya doa kita tak sampai pada Allah.. Kalau doa kita tak sampai macam mana doa kita nak di makbulkan oleh Allah SWT..ye dok?? renung-reningkan..SELAMAT BERAMAL :)


10 SEBAB DOA TERHIJAB

1) Kamu MENGENALI ALLAH tetapi TIDAK MENUNAIKAN hak-NYA(perintah-NYA)

 2) Kamu MEMBACA AL-QURAN tetapi TIDAK BERAMAL dengannya

 3) Kamu MENDAKWA IBLIS itu MUSUH KAMU tetapi kamu MENURUT HASUTANNYA
 4) Kamu MENDAKWA MENCINTAI RASULULLAH SAW tetapi kamu MENINGGALKAN AMALAN dan SUNNAHNYA

 5) Kamu MENDAKWA MENCINTAI SYURGA tetapi kamu TIDAK BERAMAL untuk mendapatkannya

 6) Kamu MENDAKWA MEMBENCI NERAKA tetapi kamu TIDAK MENINGGALKAN PERBUATAN DOSA

 7) Kamu MENDAKWA MATI ITU BENAR tetapi kamu TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA
 
8) Kamu SIBUK MENCERITAKAN KEAIBAN ORANG tetapi kamu lupa KEAIBAN DIRI SENDIRI

 9) Kamu MAKAN REZEKI ALLAH tetapi kamu TIDAK MENSYUKURINYA

10) Kamu MENGEBUMIKAN JENAZAH tetapi kamu TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripadanya


SELAMAT BERMUJAHADAH & BERHIJRAH!!
" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya" (84:6)